gum arabic, gam arab, getah arab, getah arab sudan, akasia, acacia, almanna, gam akasia, acacia senegal, akasia senegal, gum arabic food, stokis, kota bharu, prebiotik semula jadi, gula mentah, kalsium, fiber, mineral, garam galian, almanna ameer, serbuk,
Kongsi Artikel Ini Di Media Sosial Anda:

Al-Manna Ameer Dikenali Juga Sebagai Serbuk Al-Manna

Pokok akasia senegal (gum arabic) yang hidup di Benua Afrika iaitu negara Sudan menjadi tumbuhan yang dimanfaatkan oleh penduduknya sebagai sumber pendapatan dan faedah kesihatan. Kebaikan prebiotik semula jadi yang kaya dengan kalsium dan mineral yang dikenali sebagai al-manna kini dijadikan produk pemakanan sihat dari pelbagai jenama termasuk jenama Ameer.

Al-Manna Ameer yang telah mula memasuki pasaran Malaysia melalui wakil penjual yang terdiri daripada ejen dan stokis di seluruh negara. Al-Manna Ameer juga dikenali sebagai Serbuk Al-Manna dan menjadi nama panggilan bagi gum arabic di kalangan pengguna yang ingin mendapatkan gula mentah acacia senegal ini.

Gum arabic mempunyai nama panggilan yang pelbagai antaranya getah arab Sudan, getah akasia, gam arab, gula mentah dan paling ramai memanggilnya sebagai al-manna. Gelaran al-manna sudah tentu mempunyai sejarahnya yang tersendiri dan ia bermula di Benua Afrika.

gum arabic, gam arab, getah arab, getah arab sudan, akasia, acacia, almanna, gam akasia, acacia senegal, akasia senegal, gum arabic food, stokis, kota bharu, prebiotik semula jadi, gula mentah, kalsium, fiber, mineral, garam galian, almanna ameer,
Ladang Tanaman Pokok Akasia Senegal Di Sudan

Serbuk Al-Manna Ameer Berasal Dari Getah Pokok Akasia Jenis Senegal

Serbuk Al-Manna jenama Ameer berasal dari ketulan getah pokok akasia dari jenis senegal. Pokok akasia sendiri mempunyai beberapa spesis yang tumbuh dan tersebar di negara-negara selain Sudan. Namun spesis akasia yang paling banyak mendapat permintaan dan khasiat yang tinggi adalah terdiri dari jenis senegal dan seyal.

Getah arab akasia dari jenis senegal (hashab) mempunyai purata berat molekul macromolecules lebih rendah berbanding getah arab akasia seyal (talha). Namun dari segi makromolekul, getah akasia jenis senegal lebih likat dan kurang padat berbanding getah akasia seyal.

Dalam ilmu biologi, istilah makromolekul digunakan untuk membezakan sesuatu makromolekul dari segi ukuran dan berat suatu molekul. Sebagai contoh, makromolekul merupakan molekul yang begitu besar untuk digunakan seperti protein, polisakarida dan lipid.

Istilah ‘macromolucules’ telah dicipta oleh seorang ahli kimia Jerman yang telah memenangi anugerah Nobel Kimia tahun 1953 iaitu Hermann Staudinger. Beliau adalah tokoh kimia yang berjaya meyakinkan umum tentang adanya makromolekul atau dipanggil juga sebagai polimer (rantaian atom). Selain itu beliau juga berjaya membuat penemuan penting mengenai ketena atau senyawa organik.

Keseragaman atau anisotropy makromolekul bagi kedua-dua getah arab akasia ini (senegal dan seyal) akan meningkat dengan berat molekul yang dimiliki. Walaupun purata molekul getah akasia seyal lebih berat berbanding molekul getah akasia senegal, namun dari sudut makromolekul ternyata getah akasia senegal lebih mempunyai keseragaman dan stabil berbanding getah akasia seyal.

Maklumat lanjut berkaitan getah akasia boleh dirujuk dalam buku Dietary Fibre Components And Functions oleh Hannu Salovaara dan Fred Gates. Buku ini antara lain memaparkan kajian mengenai acacia gum dari sudut serat yang mudah larut, prebiotik, probiotik dan kepentingannya untuk manfaat kesihatan.

gum arabic, gam arab, getah arab, getah arab sudan, akasia, acacia, almanna, gam akasia, acacia senegal, akasia senegal, gum arabic food, stokis, kota bharu, prebiotik semula jadi, gula mentah, kalsium, fiber, mineral, garam galian, almanna ameer,
Gum Arabic (Acacia Senegal) Mengandungi Kalsium dan Mineral Yang Tinggi Untuk Manfaat Kesihatan

Eropah Menggunakan Istilah Gum Arabic Merujuk Kepada Al-Manna

Benua Eropah terdiri dari negara-negara maju dan terus membangun memacu ekonomi, perdagangan, kajian, peralatan dan pentadbiran negara. Kajian terhadap getah arab telah lama dilakukan bahkan pengamalannya secara tradisi telah diselidiki oleh pakar terkemuka seperti pendedahan yang dilakukan oleh European Food Safety Authority (EFSA) mengenai manfaat gum arabic al-manna untuk kesihatan yang boleh membantu meredakan masalah kolesterol tinggi.

Al-manna gelaran yang diberikan oleh masyarakat Sudan dan negara arab lain sedia maklum merujuk kepada getah pokok akasia. Bagi orang Eropah, istilah gum arabic digunakan sebagai simbol keilmuan dan pengetahuan mereka terhadap manfaat dari al-manna. Apabila menggunakan istilah gum arabic ia akan membawa maksud getah akasia secara umum termasuk akasia senegal dan akasia seyal.

Istilah ‘gum arabic’ juga digunakan dalam sesetengah penulisan dari Eropah pada getah tumbuhan lain seperti boswellia yang mengeluarkan frankincense (kemenyan). Terdapat juga istilah yang digunakan untuk membezakan getah pokok akasia (senegal/seyal) dan boswellia (frankincense) seperti acacia gum dan boswellia gum.

Eropah juga mempunyai ketamadunan yang hebat sehingga mempunyai istilah tersendiri terhadap sesuatu perkara. Sebagai contoh penggunaan nama negara Mesir yang berasal dari bahasa arab digunakan oleh Eropah dengan nama Egypt. Istilah Egypt itu datangnya dari bahasa Yunani. Perkataan Mesir juga terdapat di dalam al-Quran pada surah Yunus ayat 87, Yusuf ayat 21, Yusuf ayat 99 dan al-Zukhruf ayat 51.

gum arabic, gam arab, getah arab, getah arab sudan, akasia, acacia, almanna, gam akasia, acacia senegal, akasia senegal, gum arabic food, stokis, kota bharu, prebiotik semula jadi, gula mentah, kalsium, fiber, mineral, garam galian, almanna ameer,
Pekerja sedang mencungkil dahan pokok akasia (al-manna) untuk proses pengeluaran getah gum arabic

Bangsa Eropah Di Dalam Al-Quran

Bangsa Eropah juga perlu diberi perhatian dari segi kekuatan dan kelebihan yang ada apabila al-Quran juga menyebut mengenainya dalam surah al-Rum ayat 1-5. Dalam sejarah Islam tercatat mengenai peperangan antara Empayar Rom dan Empayar Parsi. Empayar Parsi sekarang adalah negara Iran hari ini.

Empayar Rom atau lebih dikenali Empayar Kerajaan Byzantine pula adalah bermula dari Itali, Bulgaria, Yugoslavia, Romania, Turki dan beberapa kawasan di sekitar Tanah Arab melibatkan Mesir, Afrika Utara, Morocco dan Palestine (sebelum ditawan tentera Islam).

Getah Akasia Senegal (Al-Manna Hashab) Pernah Sampai Di Tanah Melayu (Nusantara)?

Timbul persoalan adakah getah arab al-manna hashab (akasia senegal) pernah muncul di Tanah Melayu atau Nusantara pada suatu masa dahulu melalui pedagang-pedagang arab? Memandangkan gum arabic telah lama dimanfaatkan sejak zaman Mesir Kuno dan ia juga tersebar di kawasan Tanah Arab, maka persoalan ini wajar diutarakan.

Kedatangan Islam ke Nusantara membawa rahmat kepada semua penduduk di Nusantara termasuk Tanah Melayu. Islam juga mengajar doa memohon kebaikan di dunia dan akhirat sebagaimana dicatat dalam al-Quran surah al-Baqarah ayat 201:

“Ya Tuhan, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat. Dan selamatkanlah kami dari seksa neraka”

Walaupun tiada bukti jelas siapakah dan bilakah orang pertama pendakwah Islam yang tiba di Tanah Melayu dan Nusantara dalam misi untuk menyebarkan Islam, namun sejarah kedatangan Islam telah terbukti melalui catatan antaranya penemuan Batu Bersurat di Terengganu.

gum arabic, gam arab, getah arab, getah arab sudan, akasia, acacia, almanna, gam akasia, acacia senegal, akasia senegal, gum arabic food, stokis, kota bharu, prebiotik semula jadi, gula mentah, kalsium, fiber, mineral, garam galian, almanna ameer, serbuk, doa, kebaikan, dunia, akhirat,
Doa Kebaikan Dunia dan Akhirat
Serbuk Al-Manna Akasia Senegal Untuk Semua Pejuang Kesihatan

Gum arabic al-manna dari kategori akasia senegal atau hashab dijadikan produk makanan kesihatan yang berasal dari ketulan getah pokok akasia senegal di negara Sudan. Gula mentah pokok akasia ini dibersihkan terlebih dahulu dan dikisar menjadi serbuk halus untuk memudahkan penyediaan tanpa melibatkan penggunaan sebarang kimia dan pemanasan yang tinggi.

Serbuk Al-Manna akasia senegal juga merupakan sumber prebiotik semula jadi yang mengandungi kalsium dan fiber paling tinggi berbanding sayuran dan buah-buahan yang lain. Gum arabic hashab sesuai dinikmati semua lapisan pengguna termasuk kanak-kanak dan ibu mengandung.

Kajian di Eropah, Barat dan Asia sendiri membuktikan gum arabic akasia dari jenis senegal adalah yang terbaik untuk dimanfaatkan sebagai makanan kesihatan. Al-manna hashab adalah getah arab untuk semua.

Kongsi Artikel Ini Di Media Sosial Anda:

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge