gum arabic, gam arab, getah arab, getah arab sudan, akasia, acacia, almanna, gam akasia, acacia senegal, akasia senegal, gum arabic food, stokis, kota bharu, prebiotik semula jadi, gula mentah, kalsium, fiber, mineral, garam galian, almanna ameer, toreh dahan akasia,
Kongsi Artikel Ini Di Media Sosial Anda:

Getah (Gum Arabic) Terhasil Dari Dahan Dan Batang Pokok Akasia Senegal Yang Ditoreh Pekerja Ladang Al-Manna

Prebiotik semula jadi serbuk gum arabic al-manna diperolehi dari cecair getah yang keluar dari dahan dan batang pokok acacia senegal (hashab). Dahan pokok ini dipenuhi dengan duri dan proses untuk menghasilkan gula mentah al-manna dilakukan dengan penuh teliti oleh pekerja ladang tanaman gam arab di Kordofan, el-Nahud yang menoreh pada bahagian batang dan dahan tanaman akasia senegal.

Getah arab al-manna yang baru keluar dari dahan dan batang pokok akasia senegal hasil torehan pekerja ladang gum arabic bersifat cairan lembut. Getah arab Sudan ini akan mula mengeras menjadi bentuk ketulan dalam beberapa tempoh dan hanya dapat dimanfaatkan melalui proses rendaman ke dalam air atau melalui proses teknologi dengan mengisar ketulan al-manna menjadi serbuk halus mengikut gred tertentu.

Pekerja ladang tanaman akasia senegal atau gum arabic (al-manna) berpeluang untuk merasai sendiri gam arab yang baru keluar dari dahan dan batang pokok al-manna setiap kali proses pengumpulan getah akasia dilakukan. Sifat fizikal gum arabic al-manna yang lembut, berwarna agak putih dan sedikit manis dapat dimakan begitu sahaja di awal penghasilannya sebelum mengeras menjadi ketulan seperti kristal.

Gula mentah yang diambil dari dahan dan batang pokok akasia senegal ini sebahagiannya terdapat sisa kulit pokok dan debu yang menampal pada bahagian luarannya. Sisa kulit kayu dan debu atau habuk ini akan dibersihkan terlebih dahulu oleh pekerja yang bertugas di kilang memproses gum arabic di Khartoum sebelum mengisar menjadi serbuk halus.

gum arabic, gam arab, getah arab, getah arab sudan, akasia, acacia, almanna, gam akasia, acacia senegal, akasia senegal, gum arabic food, stokis, kota bharu, prebiotik semula jadi, gula mentah, kalsium, fiber, mineral, garam galian, almanna ameer, toreh dahan akasia,
Pekerja Ladang Menoreh Dahan Akasia Untuk Dapat Getah

Getah Pokok Akasia Senegal Sumber Prebiotik Semula Jadi Terbaik

Pokok akasia jenis senegal adalah kategori tanaman terbaik dari semua tanaman akasia. Menurut tulisan Dr. Essam Ibrahim Warrag yang disiarkan menerusi portal projek dokumentasi University of Khartoum, menjelaskan mengenai spesis pokok akasia senegal yang mempunyai fungsi pelbagai guna.

Tumbuhan ‘hashab’ mempunyai kelebihan untuk hidup di gurun padang pasir dengan persekitaran yang gersang dan juga separa gersang. Tanaman akasia yang berada di Sudan dari keluarga mirnosaceae terdapat 31 spesis. Kualiti terbaik gum arabic dimiliki akasia senegal atau hashab.

Kualiti terbaik hashab bukan sahaja pada pemakanan, ia meliputi kegunaan sebagai kayu api. Risiko kecurian batang pokok akasia senegal di ladang Kordofan sentiasa terdedah. Batang pokok akasia senegal sangat berharga untuk dijual sebagai kayu api.

Penggunaan batang pokok hashab juga bernilai untuk dijadikan kayu arang merujuk kepada khasiat gum arabic yang dihasilkan oleh pokok akasia senegal. Jika dilihat pada keadaan pokok akasia senegal pada waktu kering, pokok tersebut seolah tiada nilai dan selayaknya dijadikan kayu arang. Namun memandangkan khasiatnya yang tinggi, pencuri sanggup mengambil risiko untuk mendapatkannya secara salah di sisi undang-undang.

Selain bernilai untuk kegunaan sebagai kayu api dan kayu arang, pokok akasia senegal juga menjadi buruan bagi tujuan pembinaan seperti binaan tiang, pagar dan struktur binaan bangunan. Bagi tanah berpasir, batang kayu dari hashab ini sangat berkesan untuk melindungi kerosakan tanah. Bahagian pokok akasia senegal ini mampu melindungi tanah dari hakisan air, angin dan pembetulan nitrogen.

gum arabic, gam arab, getah arab, getah arab sudan, akasia, acacia, almanna, gam akasia, acacia senegal, akasia senegal, gum arabic food, stokis, kota bharu, prebiotik semula jadi, gula mentah, kalsium, fiber, mineral, garam galian, almanna ameer,
Gula Mentah Akasia Adalah Sumber Prebiotik Semula Jadi Terbaik

Al-Manna Hashab Tinggi Mineral, Kalsium Dan Fiber

Al-Manna dari kategori hashab atau gum arabic dari jenis akasia senegal mempunyai khasiat mineral yang begitu tinggi seperti kalsium dan fiber. Sebuah portal yang memaparkan jurnal berwibawa Journal of Physical Science (Jurnal Sains Fizikal) diterbitkan oleh Penerbit Universiti Sains Malaysia bertujuan untuk mengembangkan idea dan penemuan saintifik terbaru dalam bidang sains fizikal di kalangan ahli sains tempatan dan antarabangsa telah memuatkan sebuah jurnal yang berkaitan dengan gum arabic.

Jurnal yang bertajuk Diode Laser (532 nm) Induced Grafting of Polyacrylamide onto Gum Arabic telah menyentuh beberapa perkara yang berkaitan dengan kajian. Pada pendahuluan jurnal ini turut menyentuh mengenai kandungan gum arabic hashab yang mempunyai kepekatan mineral yang tinggi seperti kalsium, magnesium dan garam kalium yang menghasilkan arabinose, galactose, rhamnose dan glucuronic acid.

Kandungan mineral seperti kalsium sangat membantu dalam meningkatkan tahap kesihatan. Penggunaan kalsium diperlukan oleh semua peringkat usia kerana kehilangan kalsium lumrah berlaku apabila meningkatnya usia dan perubahan hormon.

Justeru pengambilan serbuk al-manna yang diperolehi dari getah arab Sudan (gum arabic) adalah keperluan sebagai usaha menampung keperluan badan. Akasia dari jenis senegal adalah yang terbaik untuk dimanfaatkan bukan sahaja sebagai ikhtiar dalam menghadapi masalah kesihatan tertentu, bahkan juga boleh diamalkan sebagai suplemen kesihatan.

Akasia Senegal Manfaat Untuk Kesihatan

Padang pasir dan gurun yang panas terbentang bersama pohon kayu kering seolah menggambarkan tiada apa yang boleh dimanfaatkan di sebahagian besar negara Sudan ini. Namun kehadiran sejenis tanaman yang dapat hidup di bawah suhu yang sangat panas memberikan makna di sebalik anugerah terciptanya gum arabic akasia senegal atau hashab untuk dimanfaatkan sebahagian besar penduduk bumi.

Penjenayah yang mengambil kesempatan untuk menjadikan batang pokok akasia senegal ini sebagai sumber pendapatan melalui cara yang salah perlu menginsafi tindakan demikian. Sudan adalah negara majoriti umat Islam, rakyatnya tentu memahami doa keampunan di dalam al-Quran pada ayat 23 surah al-A’raf  yang bermaksud:

“Ya Tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami sendiri. Jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya kami termasuk di kalangan orang-orang yang rugi”.

Peralatan seperti cangkul, tembok dan penebuk digunakan oleh pekerja ladang tanaman al-manna untuk menoreh batang dan dahan pokok akasia senegal bagi mengeluarkan cairan getah arab (gum arabic). Ketahanan pekerja ladang untuk melakukan aktiviti menoreh pokok akasia di bawah panas terik matahari di gurun kering-kontang tanpa ada sumber air semula jadi memberikan jawapan bahawa amalan makan getah arab yang diambil dari pokok akasia adalah rahsia manfaat kesihatan dan kecergasan sepanjang hari.

gum arabic, gam arab, getah arab, getah arab sudan, akasia, acacia, almanna, gam akasia, acacia senegal, akasia senegal, gum arabic food, stokis, kota bharu, prebiotik semula jadi, gula mentah, kalsium, fiber, mineral, garam galian, almanna ameer, serbuk, doa, keampunan, rahmat,
Doa Mohon Keampunan dan Rahmat Dari Allah
Kongsi Artikel Ini Di Media Sosial Anda:

11 Comments

    1. Betul tu tuan Abdul Rozak. Negara Eropah sendiri tidak mampu mendapatkan khasiat sebaik gum arabic di Sudan walapun mereka cuba tanam sendiri. Faktor kesuburan, cuaca dan lain-lain. Sehingga kini Eropah terus mengimport getah arab akasia.

    1. Iye sis Wan Syahida.. Semua pekerja diberi latihan dulu seperti Pilot Project supaya getah yang keluar dari pokok akasia ini bermutu dan tanaman tahan lama.

    1. Alhamdulillah tuan Khir Khalid.. Setakat yang saya perhatikan, negara-negara yang ramai dihuni umat Islam Allah anugerahkan sumber alam yang begitu luas walaupun di benua Afrika sendiri yang majoriti rakyatnya miskin dan 20 peratus daripada rakyatnya (Sudan) beroleh pendapatan melalui projek pertanian ini dengan dibantu pihak NGO dan Kementerian melalui pilot project.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge