gum arabic, gam arab, getah arab, getah arab sudan, akasia, acacia, almanna, gam akasia, acacia senegal, akasia senegal, gum arabic food, stokis, kota bharu, prebiotik semula jadi, gula mentah, kalsium, fiber, mineral, garam galian, almanna ameer, kaum, india, cina, melayu, masyarakat, pilih almanna,
Kongsi Artikel Ini Di Media Sosial Anda:

Produk Berasas Gum Arabic (Al-Manna) Semakin Banyak Muncul Di Pasaran

Menjadi cabaran kepada mana-mana pengusaha produk dan pemilik syarikat untuk mengembangkan empayar perniagaan agar diterima ramai dan diketahui keberadaannya dalam dunia perniagaan. Serbuk Al-Manna (Ameer) antara salah satu produk berasaskan sepenuhnya gum arabic dari negara Sudan atau akasia senegal yang telah menemui masyarakat sekitar setahun yang lalu.

Menampilkan diri sebagai produk prebiotik semula jadi dengan kadar harga yang mampu dimiliki semua lapisan pengguna dan menjadikan khasiat tinggi kalsium serta mineral lain sebagai keperluan kesihatan membawa harapan kepada masyarakat untuk mempertimbangkan berbaloikah ‘melaburkan’ RM30 atau RM35 semata mendapatkan serbuk gum arabic al-manna jenama Ameer.

Tempoh setahun bertapak dalam pasaran perniagaan adalah umur yang boleh dianggap masih baharu dan ‘muda’ untuk menghadapi sepak terajang dunia penjualan dan pengedaran. Tempoh yang masih baharu ini juga memerlukan usaha yang tinggi dalam menyebarkan maklumat mengenai produk Serbuk Al-Manna kepada masyarakat umum.

gum arabic, gam arab, getah arab, getah arab sudan, akasia, acacia, almanna, gam akasia, acacia senegal, akasia senegal, gum arabic food, stokis, kota bharu, prebiotik semula jadi, gula mentah, kalsium, fiber, mineral, garam galian, almanna ameer, masyarakat badwi toreh dahan akasia,
Masyarakat Badwi Menjadi Pekerja Ladang Menoreh Dahan Akasia Untuk Dapat Getah

Serbuk Al-Manna (Ameer) Setahun Selepas

Selepas setahun berinteraksi dengan pelbagai masyarakat dalam proses memperkenalkan gum arabic akasia senegal atau hashab khususnya di kawasan Kota Bharu (Stokis Kota Bharu), Kelantan. Hasilnya Serbuk Al-Manna (Ameer) semakin diterima masyarakat dari pelbagai peringkat usia, latar belakang keluarga, pendidikan dan ekonomi.

Serbuk Al-Manna (Ameer) juga boleh dikatakan mula merentasi etnik atau bangsa apabila getah arab ini mula ‘didekati’ oleh rakyat Malaysia daripada keturunan cina dan india serta terus mendapat permintaan yang menggalakkan daripada masyarakat melayu.

gum arabic, gam arab, getah arab, getah arab sudan, akasia, acacia, almanna, gam akasia, acacia senegal, akasia senegal, gum arabic food, stokis, kota bharu, prebiotik semula jadi, gula mentah, kalsium, fiber, mineral, garam galian, almanna ameer,
Serbuk Al-Manna Ameer (Gum Arabic) Dikenali Sebagai Produk Pemakanan Sihat

Faktor Penerimaan Melayu, Cina Dan India Terhadap Serbuk Al-Manna (Ameer)

Beberapa faktor yang mendorong ke arah penerimaan Serbuk Al-Manna sebagai produk yang boleh diperkirakan dengan jumlah ‘kertas’ yang ada di dalam poket. Secara peribadi (pandangan penulis) terdapat dua faktor utama yang menjadi ‘magnet’ kesanggupan masyarakat merentasi budaya, agama dan kaum untuk memilih gula mentah akasia senegal dari negara benua Afrika ini.

Faktor pertama ialah tumpuan kepada harga. Kebanyakan masyarakat yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut setelah diperkenalkan tentang gum arabic Serbuk Al-Manna, soalan pertama yang akan menjadi ‘salam suai kenal’ ialah “berapakah harga serbuk al-manna?”. Masyarakat di kampung dan pedalaman sangat terkesan dalam soal harga.

Di kalangan masyarakat Malaysia contohnya kaum melayu terutama yang terdiri dari kalangan yang berpendapatan sederhana dan rendah, peranan harga menjadi mukadimah kepada kelangsungan hubungan antara penjual dan pembeli. Hanya kes tertentu yang mencorak pembeli untuk tidak menjadikan soal harga sebagai ‘agenda’ utama.

Di Kelantan umpamanya, masyarakat negeri ‘Cik Siti Wan Kembang’ terkenal dengan budaya saling membantu dan budi pekerti yang tinggi. Meminjam istilah ‘mudoh baso sene kiro‘ menjadikan sesuatu perniagaan mudah didekati oleh sesiapa jua, apatah lagi di kalangan rakan-rakan.

Bentuk perniagaan yang menyediakan produk mampu beli samada pakaian, makanan, barangan dan sebagainya dilihat mempunyai kekuatan tersendiri dalam mengikat hubungan pembeli dan penjual untuk terus melangsungkan sebuah hubungan.

Keadaan ini turut berlaku kepada Serbuk Al-Manna (Ameer). Harga runcit untuk sebungkus gum arabic yang mengandungi 150 gram serbuk getah arab ini ialah RM30 untuk Semenanjung Malaysia dan RM35 bagi Sabah dan Sarawak. Nilai ini adalah harga yang mampu dimiliki golongan sederhana dan berpendapatan rendah.

gum arabic, gam arab, getah arab, getah arab sudan, akasia, acacia, almanna, gam akasia, acacia senegal, akasia senegal, gum arabic food, stokis, kota bharu, prebiotik semula jadi, gula mentah, kalsium, fiber, mineral, garam galian, almanna ameer, kaum, india, cina, melayu, masyarakat, pilih almanna,
Serbuk Al-Manna (Ameer) Mampu Dimiliki dan Diterima Masyarakat

Selalunya masyarakat tidak mahu memberi harapan tinggi kepada penjual apabila harga bagi sesuatu produk itu agak tinggi. Mahal tidak semestinya tidak mampu dibeli, murah bukan semestinya tiada kualiti. Rata-rata masyarakat mengakui itu semua.

Namun apabila menjenguk seketika, pandang arah ekonomi negara dan kos sara hidup rakyat mutakhir ini, jawapannya adalah perlu melihat kepada realiti semasa atau dalam erti kata lain masyarakat (berpendapatan sederhana dan rendah) hanya berupaya mendapatkan produk yang mampu dimiliki dan produk tersebut mesti berkesan.

Apabila sasaran pembeli tidak jadi membeli produk yang mahal, ia menunjukkan kuasa beli yang ada sekarang semakin terhad berbanding beberapa tahun sebelum ini. Mengelak untuk membeli juga adalah cara untuk menjaga sesebuah hubungan. Kerana menolak dari awal setelah mengetahui harga produk yang tidak mampu dimiliki adalah cara untuk tidak memberi harapan seolah mahu membeli.

Faktor kedua pula ialah keberkesanan produk. Produk yang murah tetapi tidak berkesan, juga akan diabaikan oleh pembeli yang telah mempunyai pengalaman ini atau sasaran pembeli yang telah mempunyai maklumat (produk tidak berkesan) ini.

Serbuk Al-Manna (Ameer) telah melalui ujian ini selama setahun. Hasil testimoni pengguna tidak kurang yang mengakui keberkesanan gum arabic akasia senegal yang didatangkan khas dari negara Sudan ini membantu meningkatkan mutu kesihatan pengguna. Secara jujur bukan semua pengguna berpuas hati sepenuhnya, namun majoritinya menerima serbuk al-manna dari pokok akasia ini murah dan berkesan.

Pengguna serbuk al-manna yang datang daripada kaum melayu dan kini semakin mendapat perhatian di kalangan kaum cina dan india menunjukkan kesedaran masyarakat terhadap penggunaan getah arab semakin meningkat. Kesedaran ini akan terus meningkat jika keberkesanan produk memacu gelombang pemikiran pengguna untuk berkongsi manfaat yang diperolehi hasil pengamalan gula mentah akasia senegal.

gum arabic, gam arab, getah arab, getah arab sudan, akasia, acacia, almanna, gam akasia, acacia senegal, akasia senegal, gum arabic food, stokis, kota bharu, prebiotik semula jadi, gula mentah, kalsium, fiber, mineral, garam galian, almanna ameer, kaum, india, cina, melayu, masyarakat, pilih almanna,
Harga Serbuk Al-Manna Yang Murah dan Berkesan Faktor Penerimaan Masyarakat

Serbuk Al-Manna (Ameer) Semakin Diterima Masyarakat?

Kepelbagaian produk berasaskan penggunaan gum arabic semakin banyak ditemui dalam berbagai jenama dan syarikat pengeluar. Kandungan gam akasia senegal di dalam produk kesihatan bukan perkara baru dalam industri pemakanan. Penggunaan al-manna untuk industri produk telah lama dilakukan ekoran kesan kesedaran masyarakat samada melalui kajian dan pengetahuan.

Justeru Serbuk Al-Manna (Ameer) tidak melalui proses perubahan dan penambahan kandungan, hanya didatangkan dalam bentuk asal (ketulan getah akasia senegal yang diproses menjadi serbuk) menjadikan gum arabic jenama Ameer dapat mempamerkan harga yang mampu dimiliki dan getah arab semula jadi dapat dimanfaatkan pengguna sebagai suplemen kesihatan menjadikan gula mentah ini semakin diterima masyarakat.

Serbuk Al-Manna (Ameer) bersaing secara sihat dengan produk berasaskan gum arabic jenama lain. Kesedaran masyarakat dan kajian terhadap gum arabic semakin meningkat dan terdapat beberapa Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia yang melakukan penyelidikan seperti tesis berkaitan akasia senegal yang dibuat oleh para mahasiswa selain pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sendiri yang telah membuat penyelidikan mengenainya.

Potensi harga produk mampu milik dan keberkesanan selepas menggunakannya dikongsi setiap pengguna melalui pelbagai cara seperti testimoni, perbualan dan pengetahuan. Menjual produk ‘harga orang kampung’ menjadikan Serbuk Al-Manna (Ameer) ‘laku’ di kalangan golongan berpendapatan sederhana dan rendah seperti warga emas yang selalu ke masjid, peniaga kecil-kecilan dan suri rumah.

Golongan yang berpendapatan rendah ini pada mulanya hanya berperanan sebagai pengguna gum arabic, namun selepas merasai sendiri perubahan dan kebaikan yang diperolehi menjadikan peranan awal sebagai pengguna beralih kepada penjual Serbuk Al-Manna (Ameer).

Terdapat golongan warga emas yang berkongsi kebaikan dan manfaat Serbuk Al-Manna di masjid bukan semata ingin berniaga dan mencari keuntungan. Hasil pengalaman sendiri sebagai pengguna al-manna membawa golongan ini untuk berkongsi dan lebih ke arah membantu golongan lain yang mempunyai masalah kesihatan untuk mencuba gum arabic akasia senegal.

Usaha yang ikhlas membantu masyarakat di samping mencari rezeki mengingatkan sebuah doa yang tercatat di dalam al-Quran, surah al-Maidah ayat 114 yang bermaksud:

“Ya Allah Tuhan kami, turunkanlah kepada kami hidangan dari langit (yang hari turunnya) akan menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi orang-orang yang bersama kami ataupun yang datang sesudah kami dan menjadi tanda kepada kekuasaan Engkau, berilah kami rezeki dan Engkaulah sebaik-baik pemberi rezeki”.

Apabila Serbuk Al-Manna (Ameer) diakui berkesan, ia akan berkembang ke peringkat pengguna yang lebih berkemampuan seperti guru, pensyarah, doktor, kakitangan kerajaan dan seterusnya ke peringkat golongan yang berpendapatan lebih tinggi. Jika pekerja di ladang pokok hashab begitu gigih toreh batang pokok akasia untuk dapatkan getah al-manna, maka kegigihan yang sama juga perlu ada dalam setiap jiwa pecinta kesihatan. Kesimpulannya gum arabic akasia senegal jenama Ameer mampu dimiliki dan diterima masyarakat.

gum arabic, gam arab, getah arab, getah arab sudan, akasia, acacia, almanna, gam akasia, acacia senegal, akasia senegal, gum arabic food, stokis, kota bharu, prebiotik semula jadi, gula mentah, kalsium, fiber, mineral, garam galian, almanna ameer, serbuk, doa, dimurahkan rezeki,
Doa Mohon Dimurahkan Rezeki
Kongsi Artikel Ini Di Media Sosial Anda:

12 Comments

    1. Terima kasih.. Semoga dimurahkan rezeki Allah yang luas ini. Kerana rezeki Allah tanpa batas sebagaimana firman Allah dalam surah al-Imran ayat 27.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge