gum arabic, gam arab, getah arab, getah arab sudan, akasia, acacia, almanna, gam akasia, acacia senegal, akasia senegal, gum arabic food, stokis, kota bharu, prebiotik semula jadi, gula mentah, kalsium, fiber, mineral, garam galian, almanna ameer, ceo, pengasas, pengarah urusan, managing director,
Kongsi Artikel Ini Di Media Sosial Anda:

Dari Timur Jauh Menuju Ke Eropah Tengah

Memiliki keputusan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan pencapaian terbaik 9A tahun 2010 membawa langkah anak muda berasal dari Pasir Puteh, Kelantan ke negara yang kaya dengan nilai warisan, sejarah panjang dan ketamadunan dunia di Eropah Tengah. Republik Czech  atau Czech Republic juga dikenali Ceko (Cekoslovakia) pernah menjadi negara komunis selama 41 tahun sebelum kembali menjadi negara demokrasi liberal melalui Revolusi Velvet secara damai pada tahun 1989.

Dari Timur Jauh (Malaysia) menuju ke Eropah Tengah (Republik Czech) sebuah perjalanan yang harus ditempuhi bagi memenuhi impian sebagai ‘wakil negara’ yang terpilih untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Perkiraan program pengajian yang akan diambil juga turut dipengaruhi suasana yang sebenarnya ‘tidak mengikat’ untuk hanya memilih beberapa program pengajian sahaja bagi lulusan cemerlang SPM seperti program perubatan (medical) atau kejuruteraan (engineering).

Bakal usahawan muda ini memilih program pengajian bidang perubatan melalui tajaan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Pihak JPA menyenaraikan beberapa kriteria untuk menerima permohonan kursus-kursus kritikal seperti perubatan, pergigian, farmasi, perubatan veterinar, kejuruteraan, teknologi dan sains serta sains sosial.

Latar belakang keluarga yang biasa tidak menghalang penilaian pihak JPA untuk menaja di bawah program biasiswa luar negara kerana kriteria yang dimiliki seperti kecemerlangan akademik, pencapaian terbaik dalam aktiviti tambahan kokurikulum dan penialaian sewaktu ditemuduga telah melayakkan pemegang Ijazah Perniagaan Antarabangsa ini dipilih untuk berada dalam senarai calon Program Ijazah Luar Negara (PILN) dalam bidang kritikal iaitu program perubatan yang turut disediakan tempat bersama kursus lain seperti pergigian dan farmasi yang membuka laluan untuk ke Republik Czech, Poland, Australia, New Zealand dan India.

Prague, Republik Czech
Peta Negara Republik Czech di Eropah Tengah

Universiti Charles Di Republik Czech

Menyambung pengajian ke Eropah Tengah di salah satu universiti tertua di dunia yang dibina pada tahun 1348 iaitu Universiti Charles di Prague dalam Fakulti Perubatan di Hradec Kralove memberi peluang kepada sosok kecil yang tertera nama pada ‘buku merah’ Amir Awang atau pernah dikenali sebagai Encik Mimpi menikmati elaun bulanan RM3000 dan sempat mengembara untuk melihat sendiri warisan kebudayaan di Prague dan di negara jiran – Jerman dan Poland.

Eropah merupakan destinasi yang sentiasa dikunjungi pelancong dari seluruh dunia. Negara empat musim di bahagian Eropah selalunya dipenuhi pelancong pada musim panas (summer) berbeza dengan negara bahagian Timur Tengah yang mempunyai tiga musim, kebanyakan pelancong memilih musim sejuk (winter) dan musim bunga (spring) kerana cuaca panas di negara Timur Tengah boleh mencapai 45 darjah celcius.

Setelah satu tahun berada di negara perubahan empat musim – musim bunga, musim panas, musim luruh dan musim sejuk seolah membawa perubahan juga kepada penerimaan pengajian program perubatan yang sedang diambil oleh usahawan yang pernah memiliki kereta idaman pertamanya – Perodua Kelisa. Tempoh program perubatan luar negara yang diikuti masih berbaki lima tahun lagi sebelum berpeluang menggenggam segulung ijazah doktor keluaran Republik Czech sebagaimana telah ‘diisytiharkan’ oleh bonda kesayangan kepada ‘sekalian jelata’.

gum arabic, gam arab, getah arab, getah arab sudan, akasia, acacia, almanna, gam akasia, acacia senegal, akasia senegal, gum arabic food, stokis, kota bharu, prebiotik semula jadi, gula mentah, kalsium, fiber, mineral, garam galian, almanna ameer, pengasas, pengarah usurusan, ceo, eropah, timur jauh, charles university, faculty of medic, hradec kralove, czech republic,
Fakulti Perubatan (Universiti Charles) di Hradec Kralove

Doktor Keluaran Republik Czech Yang Hilang

Obor harapan yang dipegang kian malap seolah menandakan ‘musim sejuk’ semakin hampir. Walaupun salji di bumi Republik Czech tidak turun setiap hari, namun bibit-bibit musim sejuk menjelang tiba dapat dilihat pada pokok-pokok yang mula kering dan hanya tinggal batang serta ranting sebagaimana pokok akasia senegal atau hashab di waktu kering.

Pokok akasia senegal di waktu kering tanpa dedaunan seolah dilihat sebagai tanaman yang tidak membawa apa-apa erti dan nilai produktif. Namun apabila dibuat kajian, sebenarnya pokok akasia sentiasa bermanfaat bermula dari akar tunjangnya hingga ke ranting dedaunan dan buah-buahan kekacangnya. Walaupun pokok akasia secara jenayahnya boleh dicuri dan dijual sebagai kayu api atau kayu arang, hasil yang diperolehi dari jualan tersebut sangat lumayan.

Pokok akasia senegal yang menghasilkan getah gum arabic atau al-manna secara semula jadinya bermanfaat dari tunjang hingga ke rantingnya. Akar tunjang pokok akasia senegal sangat bermanfaat dalam membantu pemuliharaan tanah, mengelakkan hakisan pada tanah yang dibawa oleh air dan angin. Batang pokok akasia pula sangat penting untuk kegunaan sebagai tiang pagar dan rangka penstrukturan binaan bangunan. Daun dan buah kekacang akasia menjadi makanan kegemaran haiwan kerana nilai khasiatnya yang tinggi. Sementara benih akasia juga turut dimanfaatkan oleh manusia sebagai bekalan makanan untuk saat kecemasan dan musim tertentu.

Perumpamaan ‘doktor keluaran Republik Czech yang hilang’ boleh dilihat sebagai proses perubahan yang perlu dilalui setiap manusia. Ketiadaan rezeki untuk meneruskan program ijazah perubatan di luar negara tidak boleh dilihat sebagai kegagalan untuk sebuah kehidupan keseluruhan. Mempunyai keputusan semua A dalam UPSR, PMR dan SPM perlu dipandang sebagai potensi yang tidak akan tunduk pada kegagalan.

Tempoh setahun bagi usahawan muda yang telah kehilangan ayahnya pada usia 15 tahun ini berada di Ceko, akhirnya keputusan berhubung masa depan pengajiannya di Prague yang pernah menjadi ibu kota Eropah di zaman kekuasaan Raja Charles IV telah dibuat. Keputusan yang mungkin akan meledakkan harapan keluarga dan JPA selepas lulus sabjek Anatomy di Charles University, walaupun terdapat dakwaan Prague adalah  satu-satunya kota utama di Eropah yang tidak dibom oleh Hitler semasa perang dunia kedua ekoran hasrat Hitler untuk menjadikannya sebagai ibu kota budaya Eropah. Tindakan ahli perniagaan yang pernah menuntut di Kolej Teknologi Timur Sepang ini tetap akan mengejutkan ramai pihak.

gum arabic, gam arab, getah arab, getah arab sudan, akasia, acacia, almanna, gam akasia, acacia senegal, akasia senegal, gum arabic food, stokis, kota bharu, prebiotik semula jadi, gula mentah, kalsium, fiber, mineral, garam galian, almanna ameer, potongan kecil pada dahan akasia senegal, kering,
Pokok Akasia Senegal Atau Hashab Ditoreh Oleh Pekerja Ladang Di Kordofan

Menyambung Pengajian Di Universiti Tenaga Nasional (UniTEN)

Tahun 2013 obor harapan kian malap di Eropah kini cerah kembali di Timur Jauh. Cuaca ‘musim sejuk’ yang hampir melenyapkan obor impian di Republik Czech telah beralih ke ‘musim bunga’ Malaysia Pantai Timur. Persis pohon akasia senegal, walaupun di waktu kering hanya tinggal batang dan ranting, ia tetap teguh berdiri dan terus hidup memberi manfaat kepada kehidupan lain. Di waktu pohon akasia berbunga dan berbuah serta dipenuhi dedaunan, manfaatnya semakin melimpah untuk manusia, haiwan dan bumi.

Tenaga obor harapan bergemerlapan di Universiti Tenaga Nasional (UniTEN) Kampus Sultan Haji Ahmad Shah di Cawangan Bandar Muadzam Shah, daerah Rompin Pahang. UniTEN menjadi destinasi kedua bagi pelajar yang mempunyai tujuh orang adik-beradik ini untuk menyambung pengajian di peringkat Ijazah Perniagaan Antarabangsa (Degree International Business).

Memulakan Perniagaan Atas Talian (Online)

Idea untuk memulakan perniagaan bermula apabila menerima desakan daripada pihak JPA agar melakukan pembayaran ganti rugi sebanyak 100 ribu ringgit selepas gagal meneruskan pengajian di Universiti Charles. Perniagaan atas talian (online) ketika masih menuntut di UniTEN menjadi medan utama secara part time untuk menjana kewangan bagi tujuan melangsaikan hutang dengan JPA. Perniagaan atas talian yang diceburi pernah meraih pulangan lumayan dengan pendapatan lima angka.

Segala bentuk keseronokan dan kesenangan hidup yang sepatutnya dimiliki bagi jiwa yang berusia 20 tahun dikorbankan demi sebuah tujuan. Kalimah azimat yang masih bergema di Timur Jauh “manusia bertindak luar biasa jika berada dalam keadaan terpaksa” terus memacu jati diri penuntut yang pernah menerima pengajian di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Taiping ini.

gum arabic, gam arab, getah arab, getah arab sudan, akasia, acacia, almanna, gam akasia, acacia senegal, akasia senegal, gum arabic food, stokis, kota bharu, prebiotik semula jadi, gula mentah, kalsium, fiber, mineral, garam galian, almanna ameer,
Ameer Al-Manna SDN. BHD. Membuat Bungkusan Semula Gum Arabic Yang Diimport Dari Negara Sudan

Menubuhkan Syarikat Enterprise Di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Tahun 2014 merupakan tahun obor harapan semakin bersinar atau boleh dikiaskan sebagai tahun ‘musim bunga’ apabila segala usaha perniagaan yang dilakukan sejak tahun 2013 kini menampakkan hasil dengan pendaftaran syarikat perniagaan buat julung kalinya di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di Kuala Lumpur Sentral.

Usaha penubuhan syarikat ini tidak dilakukan sendirian, sebaliknya dibantu ahli keluarga yang memahami dan sentiasa memberi dokongan serta sokongan sepanjang proses pendaftaran. Perjalanan syarikat terus dibantu oleh keluarga seperti menerima tempahan, membuat bungkusan, membuka akaun dan sebagainya ketika bakal CEO Al-Manna Ameer sedang mengikuti pengajian di UniTEN dan ketika menduduki peperiksaan di sana. Perniagaan bersama syarikat ini dilakukan secara part time bermula dari tahun 2015 hingga 2017.

Kekuatan untuk mencari rezeki sebagai dorongan untuk terus melangkah ke depan sebagaimana doa yang diajarkan di dalam al-Quran surah al-Imran ayat 26 bermaksud:

“Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu”.

gum arabic, gam arab, getah arab, getah arab sudan, akasia, acacia, almanna, gam akasia, acacia senegal, akasia senegal, gum arabic food, stokis, kota bharu, prebiotik semula jadi, gula mentah, kalsium, fiber, mineral, garam galian, almanna ameer, serbuk, doa, kekuasaan, kekuatan, rezeki,
Doa Mohon Kekuasaan (Kejayaan), Kekuatan dan Rezeki

Menaik Taraf Syarikat Dari Ameer Al Manna Enterprise Ke Ameer Al Manna Sdn. Bhd.

Selepas tiga tahun lebih beroperasi sebagai syarikat enterprise dalam masa sama menumpukan perhatian dalam bidang pengajian Ijazah Perniagaan Antarabangsa di UniTEN, kini tiba masa peralihan ‘musim kehidupan’ ke peringkat seterusnya iaitu ‘musim panas’ Malaysia.

Musim panas di Eropah adalah saat dinantikan semua penduduk tempatan dan pelancong asing. Kerana di musim ini merupakan waktu yang paling sesuai dan tempoh terbaik untuk melakukan pelbagai aktiviti yang lebih memberi tumpuan kepada kegiatan luar. Hal yang sama (musim panas) juga dapat diraih setelah obor harapan yang dijulang sejak empat tahun lalu di Pantai Timur sudah mula membuahkan hasil kejayaan.

Tahun 2017 mengukir beberapa kejayaan awal bagi usahawan yang telah menggunakan modal duit simpanan sendiri untuk membina perniagaan antaranya berjaya menaik taraf syarikat enterprise yang didaftarkan lebih tiga tahun yang lalu. Usia syarikat perniagaan hampir empat tahun adalah tempoh yang masih baharu dan lebih mencabar apabila pemilik syarikat sendiri masih menduduki alam pengajian. Ianya sebuah siri kejayaan pertama yang membuka laluan kejayaan seterusnya selain telah berjaya memiliki kereta idaman MINI Cooper.

gum arabic, gam arab, getah arab, getah arab sudan, akasia, acacia, almanna, gam akasia, acacia senegal, akasia senegal, gum arabic food, stokis, kota bharu, prebiotik semula jadi, gula mentah, kalsium, fiber, mineral, garam galian, almanna ameer, serbuk, panduan hidangan, cara hidangan, cara penyediaan,
Panduan Hidangan Serbuk Gum Arabic Al-Manna Ameer

Kejayaan seterusnya ialah pada 22 Mac 2017 anak muda yang mempunyai pengalaman menerima pendidikan di MRSM Jeli, Kelantan akhirnya berjaya melangsaikan semua hutang JPA sekitar 100 ribu ringgit. Tempoh masa yang diambil selama empat tahun untuk melunaskan semua hutang melalui usaha dan keringat sebagai seorang pelajar dan dalam masa sama sebagai seorang yang bekerja perlu dinilai dari kaca mata komitmen, kerajinan dan kesabaran yang ditunjukkan oleh seorang ‘budak kampung’ – motivasi untuk semua bakal usahawan.

Kejayaan yang paling mempunyai nilai sentimental tentunya pada Jun 2017 apabila berjaya merangkul anugerah Ijazah Perniagaan Antarabangsa dari UniTEN. Saat ini bermula perniagaan full time sebagai seorang telah melalui pelbagai cabaran, mehnah dan tribulasi kehidupan. Bermula ‘zaman gelap Eropah’ hingga ‘zaman pencerahan’ Timur Jauh. Bermula ‘musim sejuk’ di Republik Czech hingga ‘musim panas’ di Pantai Timur Malaysia.

uniten, universiti tenaga nasional, kampus sultan haji ahmad shah,
Kenangan Kelas Pengajian Terakhir di UniTEN Kampus Sultan Haji Ahmad Shah

Jam astronomi Prague telah aktif sejak tahun 1410 masih berfungsi hingga ke hari ini. Kemegahan tamadun jam ini terus diiktiraf sebagai jam astronomi tertua di dunia yang masih hidup. Putaran jarum kehidupan seharusnya mengambil semangat putaran jarum jam astronomi Prague, setiap putarannya menjadi perhatian dunia kerana warisan ketamadunannya. Putaran jarum kehidupan bagi usahawan yang ingin berjaya perlu terus bertahan menghadapi cabaran masa kerana ia akan turut diperhatikan oleh bakal usahawan lain yang ingin turut membina kejayaan.

jam astronomi, prague, republik czech,
Jam Astronomi di Prague, Republik Czech

Bergelar Pengasas Produk Al-Manna Ameer Merangkap Pengarah Urusan Syarikat Ameer Al Manna Sdn. Bhd.

Bangsa Cekoslovakia mempunyai kegemaran tersendiri apabila tiba musim luruh. Kegemaran yang unik ini terserlah apabila ramai penduduk mula memasuki hutan untuk memetik cendawan. Pada hari tertentu suasana kota menjadi sunyi apabila masyarakat secara ‘berjamaah’ menuju ke hutan menghabiskan musim luruh dengan mencari cendawan.

Seorang melayu yang bergelar Pengasas Al-Manna Ameer di Malaysia pula, kini memetik kejayaan tersendiri setelah tiba ‘musim panas’ di Timur Jauh. Menempuh ‘musim bunga’ selama empat tahun lalu sebagai seorang pelajar dan seorang berkerjaya, kini dalam umur 24 tahun melalui ‘musim panas’ dengan mengecapi kejayaan awalnya sebagai Pengarah Urusan (managing director) di syarikat sendiri Ameer Al Manna Sdn. Bhd.

(Sebuah artikel kisah motivasi untuk sesiapa yang pernah menemui kegagalan dalam hidup dan ingin bangkit semula menuju kejayaan)

prague, czech republic,
Kenangan di Prague, Republik Czech (Eropah)
Kongsi Artikel Ini Di Media Sosial Anda:

25 Comments

  1. Alhamdulillah.. satu perkenalan yg cukup menginspirasikan dengan perniagaan yg bukan calang2. Suka sgt mengetahui dan mengenali saudara seagama yg gigih dan berpandangan jauh spt tuan. Syukur atas perkenalan maya ini. Salam ukhwah dan semoga terus sukses… aamiin 🙂

    1. Alhamdulillah.. Terima kasih tuan. Beliau (encik Amir a.k.a founder Al-Manna Ameer) banyak memberi inspirasi melalui kisah pengalaman sejak di bangku pengajian. Didoakan Allah murahkan rezeki tuan, beliau dan kita semua.

  2. Alhamdulillah..berkat usaha gigih beliau dan niat nak bantu lebih ramai orang utk sihat dengan amalan almanna ini. Semoga kita semua berjaya dunia dan akhirat. InshaaAllah..
    Teruskan sebarkan Almanna
    #almannaameer

    1. Alhamdulillah Cik Nor.. Sama-sama berkongsi manfaat gum arabic #almannaameer untuk kebaikan netizen dan rakyat Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge