Gum Arabic Sebagai Ikhtiar Membantu Kesihatan Yang Lebih Baik
Serbuk Al-Manna Ameer bukan sejenis ubat untuk merawat dan bukan untuk memulihkan penyakit-penyakit tertentu. Cecair getah arab yang dihasilkan dari dahan dan batang pokok akasia senegal (hashab) mempunyai khasiat prebiotik semula jadi yang kaya sehingga 85 peratus. Gam akasia senegal atau gum arabic dari Sudan merupakan tumbuhan paling tinggi jumlah prebiotik dalam bentuk serat larut (fiber). Kegunaannya sebagai ikhtiar dalam membantu kesihatan yang lebih baik telah lama digunakan melalui penyelidikan secara menyeluruh sejak 17 tahun yang lalu.

Projek penyelidikan berkaitan penggunaan gum arabic telah dibuat penilaian semula di Eropah oleh European Food Safety Authority (EFSA) dan menghasilkan konklusi dalam sebuah jurnal setebal 51 halaman yang diterima pakai pada 1 Mac 2017 bertajuk ‘Re-evaluation of acacia gum (E 414) as a food additive‘. Panel kajian saintifik berkaitan bahan tambahan makanan – Food Additives and Nutrient Sources to Food (ANS) telah membuat kesimpulan bahawa tiada kesan buruk ditemui dari pengambilan getah akasia. Masyarakat dunia juga tidak perlu bimbang tentang keselamatan menggunakan al-manna berikutan penilaian semula yang dibuat ini.
Pendirian yang sama mengenai gum arabic juga telah dilakukan di Amerika oleh Food and Drug Administration (FDA) melalui Jawatankuasa Pilihan – Select Committe GRAS (SCOGS) dengan merumuskan bahawa tiada bukti bahaya pada pengambilan al-manna atau gula mentah akasia sebagaimana yang digunakan masyarakat hari ini. Secara keseluruhannya getah arab merupakan bahan yang diiktiraf umum sebagai selamat.
Kajian terdahulu telah dibuat pada tahun 1982 dan 1990 oleh Jawatankuasa Pakar Bersama (JECFA) melibatkan agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu – Food and Agriculture Organization of the United Nations (FAO) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia – World Health Organization (WHO) melihat kurangnya kesan sampingan dalam kajian yang diperolehi. Maka tiada peruntukan dalam kadar jumlah pengambilan tertentu ditetapkan – tiada kesan buruk.

Al-Manna Ameer Bukan Sejenis Ubat Untuk Sembuh Penyakit
Secara umumnya gum arabic hampir tidak mempunyai rasa, bau dan warna apabila dihidangkan dalam bentuk penyediaan makanan dan minuman. Penggunaannya sebagai makanan dan minuman membuktikan potensi getah akasia mampu dimanfaatkan untuk kesihatan yang lebih baik berdasarkan kandungan mineral yang tinggi seperti kalsium, magnesium, sodium dan elektrolit lain.
Serbuk gum arabic Al-Manna Ameer bukan sejenis ubat yang digunakan untuk menyembuhkan penyakit. Serbuk Al-Manna Ameer juga bukan ubat tradisional yang dicampur dengan bahan-bahan tertentu. Serbuk Al-Manna Ameer adalah berasal dari getah akasia semula jadi dari ketulan diproses menjadi serbuk tanpa campuran dengan bahan-bahan lain. Khasiat yang terdapat pada gula mentah akasia senegal ini telah mendapat kepercayaan dunia sehingga dimanfaatkan dalam pelbagai aplikasi seperti industri makanan, industri farmaseutikal, industri kosmetik dan industri percetakan.
Pengguna gum arabic yang pernah menikmati getah arab dalam bentuk ketulan kini berpeluang untuk mendapatkan khasiat prebiotik semula jadi dalam bentuk debu Serbuk Al-Manna Ameer. Kesedaran masyarakat Malaysia terhadap manfaat getah akasia semakin tinggi setelah perdagangan eksport negara pengeluar Afrika Sub-Sahara khususnya Sudan meluaskan lagi jaringan pasaran global gum arabic ke rantau Asia Pasifik seperti Jepun, Indonesia dan Malaysia.
Tiada pengisytiharan rasmi daripada mana-mana pihak berhubung penggunaan gum arabic sebagai menggantikan ubat hospital untuk menyembuhkan penyakit-penyakit tetentu. Walaupun terdapat kajian yang pernah dibuat oleh ramai pihak dari dalam dan luar negara, ia masih kekal sebagai sebuah penyelidikan dan perkongsian manfaat kebaikan al-manna. Pengguna yang bijak selalunya memilih dan meneliti fakta kajian.
Gum arabic terus mendapat pengiktirafan sehingga kini untuk dimanfaatkan oleh masyarakat dunia dalam pelbagai sektor perindustrian. Lonjakan penerimaan gum arabic di seluruh negara semakin tinggi setelah mendapat pengiktirafan dari pertubuhan berautoriti di dunia seperti EFSA, FDA, FAO dan WHO.

Al-Manna Ameer Ikhtiar Pengguna Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik
Serbuk Al-Manna Ameer menjadi pilihan pengguna sebagai ikhtiar untuk mendapat manfaat kesihatan yang lebih baik. Gum arabic Al-Manna Ameer adalah serbuk dari gred terbaik getah akasia senegal yang telah diproses menjadi debu halus untuk memudahkan penyediaan pengguna. Larut selama tujuh saat di dalam air tanpa meninggalkan sisa mendapan di bahagian bawah bekas minuman membuktikan keistimewaan produk Al-Mannna Ameer.
Amalan pemakanan gum arabic Al-Manna Ameer sebagaimana amalan pemakanan sayur-sayuran dan buah-buahan lain yang diketahui mempunyai khasiat mineral yang tinggi sudah tentu memberi manfaat kepada kesihatan. Pesakit yang mempunyai masalah kesihatan dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan doktor dan ubat-ubatan hospital di samping menjaga cara pemakanan. Cadangan jenis pengambilan hidangan dalam jumlah yang banyak biasanya terdiri dari sayur-sayuran dan buah-buahan.

Terdapat sayur-sayuran dan buah-buahan yang mengandungi jumlah prebiotik tertentu yang sangat membantu kelancaran proses penghadaman seperti pisang, bawang dan artikok. Gum arabic turut diperakui seorang Pakar Nutrisi Klinikal – Dr. Josh Axe di dalam portal rasminya ‘DRAXE’ dengan meletakkan gum arabic dalam senarai pertama ‘Sumber Prebiotik Semula Jadi Terbaik’ diikuti sayur-sayuran lain seperti akar cikori, artikok, dandelion, bawang putih, daun bawang, bawang merah, ubi sengkuang, asparagus dan pisang.
Sebahagian besar sayuran-sayuran yang kaya dengan kandungan prebiotik semula jadi ini telah digunakan oleh masyarakat Malaysia khususnya kaum melayu dalam hidangan masakan sejak turun-temurun. Penggunaan resepi masakan berasaskan sayuran prebiotik ini tentunya mempunyai khasiat yang tinggi untuk kesihatan sebagaimana manfaat prebiotik gum arabic yang tidak ditanam di Malaysia kerana faktor iklim yang tidak sesuai dengan tumbuhan dari Benua Afrika ini. Oleh itu serbuk getah akasia senegal Al-Manna Ameer didatangkan secara eksklusif dari Sudan bagi memenuhi ikhtiar rakyat Malaysia dalam penjagaan kesihatan yang lebih baik – kenali pengasas Al-Manna Ameer.

Mudah-mudahan dengan penjagaan kesihatan yang baik akan membantu urusan ibadah harian khsusnya bagi penganut agama Islam. Serbuk Al-Manna Ameer bukan ubat rawat penyakit, ia sekadar suplemen yang dimanfaatkan sebagaimana pemakanan serat mineral harian yang lain untuk membantu kesihatan yang lebih baik. Tubuh badan yang cergas dan kuat berupaya untuk melaksanakan amalan dengan lebih baik ditambah dengan perasaan yang sentiasa takut kepada azab Allah di akhirat akan membawa seseorang mukmin untuk sentiasa patuh dan taat kepada perintah dan peraturan Allah S.W.T sebagaimana dalam firman-Nya di dalam surah al-Furqan ayat 65 yang bermaksud:
“Ya Tuhan kami, jauhkan azab Jahannam dari kami, sesungguhnya azabnya itu adalah kebinasaan yang kekal”.

tak sangka..hebat juga manfaat gum arabic ini…
in shaa Allah ingin juga rasa nak mencuba
mrhanafi recently posted…Kerjaya Perunding Takaful Pilihan Terbaik Di Sarawak
Insya-Allah tuan mrhanafi. Gum arabic mengandungi 85 peratus sumber prebiotik, 7 gram sehari dah cukup untuk keperluan badan.
wow…ada 85 % sumber prebiotik..memang hebat nie.
mrhanafi recently posted…3 Tip Hadapi Kemelesetan Ekonomi Malaysia
Betul tu mrhanafi. Gum arabic setakat ini paling tinggi kandungan prebiotik. Keperluan harian pun sekitar 7gram berbanding pisang perlukan 600gram.
inilah yang menyebabkan saya mula tertarik untuk mencuba Gum Arabic ..
doakan saya ada kemampuan rezeki untuk mencuba
Insya-Allah mrhanafi. Kesihatan yang baik akan memudahkan segala urusan kita. Moga dimurahkan rezeki tuan.
info yang bermanfaat… nt nak cuba gum arabic ni
Insya-Allah tuan musadun. Boleh dicuba yang asli. Rendah kalori, bebas lemak dan bebas kolesterol.
suami pernah makan gum arabic ni..memang terbaik.
Alhamdulillah MamaEma.. Khasiat prebiotiknya sangat tinggi.
makin banyak info ttang gum arabic ni
raihanah recently posted…Makanan Terbaik Untuk Naikkan Paras HB
Alhamdulillah kak raihanah. Semakin banyak maklumat yang perlu didedahkan kepada masyarakat berkaitan gum arabic.
Mencegah lebih baik dari merawati.. ini antara yg terbaik untuk diamalkan sbb ia berasaskan sumber semulajadi… subhanallah.
Khir Khalid recently posted…Nippon Paint Child Wellness Programme Memperkasa Kesejahteraan Kanak-Kanak
Alhamdulillah.. Produk berasaskan semula jadi lebih mudah untuk disampaikan maklumatnya kepada orang ramai.
Makanan tambahan seperti Gum Arabic ini memang membantu dalam menjaga keshiatan dan mencegah penyakit. kalau sudah sakit, elok pergi dapatkan rawatan doktor.
azimah mohd zainuddin recently posted…Legakan Perut Meragam Dengan Smoothie Betik dan Halia
Betul tu kak yong.. Jaga kesihatan sebelum ditimpa penyakit. Kesihatan adalah anugerah paling berharga.