gum arabic, gam arab, getah arab, getah arab sudan, akasia, acacia, almanna, gam akasia, acacia senegal, akasia senegal, gum arabic food, stokis, kota bharu, prebiotik semula jadi, gula mentah, kalsium, fiber, mineral, garam galian, almanna ameer, 100 peratus, asli, halal,
Kongsi Artikel Ini Di Media Sosial Anda:

Gum Arabic Al-Manna Ameer Getah Akasia Semula Jadi

Kualiti sesuatu makanan sangat berkait dengan cara penyediaan. Bagi makanan yang boleh dinikmati secara semula jadi tanpa menggunakan proses tertentu yang boleh mengakibatkan kehilangan nutrien penting antaranya adalah makanan yang datang dari sayur-sayuran dan buah-buahan. Terdapat banyak sayur dan buah yang boleh dimakan secara asli atau mentah, bahkan khasiatnya lebih tinggi berbanding dimasak atau menggunakan suhu panas yang akan mengurangkan zat-zat makanan tersebut. Hal yang sama juga digunakan dalam penyediaan gum arabic Al-Manna Ameer secara 100 peratus asli dan halal. Perubahan hanya pada katulan diproses menjadi serbuk.

gum arabic, gam arab, getah arab, getah arab sudan, akasia, acacia, almanna, gam akasia, acacia senegal, akasia senegal, gum arabic food, stokis, kota bharu, prebiotik semula jadi, gula mentah, kalsium, fiber, mineral, garam galian, almanna ameer, menebuk lubang kecil pada batang akasia senegal, peralatan menebuk,
Proses Menebuk Batang Pokok Akasia Senegal Untuk Mengeluarkan Gum Arabic (Al-Manna)

Al-Manna Ameer mengekalkan keaslian penyediaan getah arab atau gum arabic yang diperolehi dari pokok akasia dari ladang di kawasan Kordofan, Sudan. Cecair getah yang meleleh keluar seperti mata air dari dahan dan batang pokok akasia yang terbaik iaitu akasia jenis senegal – acacia senegal yang akhirnya getah tersebut mengeras menjadi ketulan berbentuk kristal. Gum arabic ini masih asli hanya melalui proses kisaran atau pemecahan dari bentuk asal (ketulan) ke bentuk serbuk halus yang mudah digunakan tanpa menggunakan masa yang lama untuk melarutkannya di dalam air. Ianya sangat berkhasiat, tinggi sumber prebiotik dan halal dimakan sebagaimana sayur dan buah.

Secara semula jadi, getah arab atau gula mentah dari pokok akasia ini dipercayai terhasil dari tindak balas cuaca panas (kemarau) di kawasan gurun atau padang pasir di mana pokok ini ditanam atau hidup di tempat tertentu seperti di Afrika Sub-Sahara. Getah arab yang keluar secara asli pada musim kemarau tanpa melalui torehan atau potongan kecil pada bahagian pokok akasia mempunyai khasiat yang paling tinggi. Namun, manfaat yang terdapat pada tanaman akasia telah dijadikan sebagai sumber komersial negara pengeluar dengan menoreh pokok untuk mendapatkan gum arabic melalui kaedah dan peralatan yang paling selamat dan berkualiti seperti di Sudan.

gum arabic, gam arab, getah arab, getah arab sudan, akasia, acacia, almanna, gam akasia, acacia senegal, akasia senegal, gum arabic food, stokis, kota bharu, prebiotik semula jadi, gula mentah, kalsium, fiber, mineral, garam galian, almanna ameer,
Gum Arabic (Serbuk Al-Manna Ameer) 100% Asli dan Halal

Serbuk Al-Manna Ameer Tidak Melalui Proses Penggunaan Kimia Dan Pengawet

Apabila serbuk gum arabic Al-Manna Ameer  diimport secara eksklusif dari Sudan, tentunya getah akasia yang dibawa secara semula jadi ini bebas dari penggunaan bahan kimia dan pengawet sebagaimana kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat Ameer Al Manna, bahawa gula mentah ini 100 peratus asli dan halal. Tiada keperluan bagi getah arab yang hanya diproses menjadi serbuk untuk sekali lagi melalui proses penggunaan bahan kimia dan pengawet sedangkan hasil yang diinginkan adalah kesan dan khasiat yang sama sebagaimana dalam bentuk asalnya (ketulan).

Serbuk gum arabic Al-Manna Ameer lebih meraikan permintaan ramai apabila kandungannya adalah sepenuhnya dari pokok akasia senegal (gred terbaik). Sesetengah produk melalui proses percampuran atau penambahan dengan akasia dari jenis lain seperti akasia seyal, kebanyakan pengguna dan penjual meletakkannya dalam kategori kedua atau gred B dan ini juga turut diakui oleh pihak pembekal.

gum arabic, gam arab, getah arab, getah arab sudan, akasia, acacia, almanna, gam akasia, acacia senegal, akasia senegal, gum arabic food, stokis, kota bharu, prebiotik semula jadi, gula mentah, kalsium, fiber, mineral, garam galian, almanna ameer, makan getah asli akasia senegal, getah hashab halal,
Getah Asli Pokok Akasia Senegal (Al-Manna) Halal Dimakan

Terdapat juga produk minuman kesihatan campuran gum arabic dengan bahan dan perisa tertentu untuk turut sama memeriahkan penggunaan getah akasia dalam produk yang mempunyai potensi untuk laris di pasaran. Kesan dan harga tentu berbeza dengan serbuk gula mentah Al-Manna Ameer yang tidak melalui proses campuran dan kandungannya pula tidak berkongsi dengan bahan lain atau akasia jenis lain. Kandungan semula jadi serbuk Al-Manna Ameer sepenuhnya dari akasia senegal. Hampir tiada rasa, warna dan bau kerana kandungannya adalah getah arab semula jadi yang diproses menjadi serbuk.

Bungkusan Semula Gam Arab Al-Manna Ameer

Serbuk gum arabic Al-Manna Ameer melalui proses bungkusan semula di Malaysia untuk dipasarkan. Kandungannya pula tidak melalui sebarang perubahan sebagaimana diimport dari Sudan dan kekal semula jadi dari ketulan menjadi serbuk halus untuk kemudahan pengguna. Pembungkus berwarna putih dengan tulisan berwarna jingga dan sebahagiannya berwarna hitam dilengkapi dengan penerangan bermula dari nama produk, khasiat dan aturan makan.

Setakat artikel ini ditulis, pembungkus serbuk Al-Manna Ameer adalah antara yang terawal boleh ditemui di lokasi terpilih. Ada di kalangan stokis dan pengedar menempatkan serbuk getah arab Al-Manna Ameer ini di pasar raya, kedai runcit, farmasi dan tidak kurang juga yang membuka meja atau booth di karnival, program keramaian, pusat rekreasi dan pasar minggu.

Bungkusan semula gum arabic melalui jenama Ameer atau lebih dikenali sebagai Al-Manna Ameer dianggap mampu memberikan pendedahan kepada masyarakat yang baru ingin mengenali dunia getah pokok akasia senegal. Cara hidangan dan panduan penggunaan turut disediakan di bahagian belakang bungkusan serbuk Al-Manna Ameer. Selain itu, pengguna yang baru pertama kali mendapatkan gum arabic Al-Manna Ameer juga dibekalkan dengan flyer berkaitan al-manna seperti keterangan produk, panduan penggunaan dan manfaat terhadap kesihatan.

gum arabic, gam arab, getah arab, getah arab sudan, akasia, acacia, almanna, gam akasia, acacia senegal, akasia senegal, gum arabic food, stokis, kota bharu, prebiotik semula jadi, gula mentah, kalsium, fiber, mineral, garam galian, almanna ameer, serbuk,
Peluang Jana Pendapatan Dengan Gum Arabic Al-Manna Ameer

Maklumat Pada Bungkusan Serbuk Al-Manna Ameer Dalam Bahasa Melayu

Ramai juga menganggap serbuk gum arabic Al-Manna Ameer ini adalah produk baru yang melalui proses campuran tertentu, mempunyai rasa yang tersendiri, warna tertentu dan kilang pembuatan bahan di Malaysia. Anggapan ini berdasarkan kepada maklumat yang terdapat pada bungkusan Al-Manna Ameer dalam bahasa melayu seolah produk ini dibuat di Malaysia.

Sebenarnya penggunaan bahasa melayu pada bungkusan serbuk gum arabic Al-Manna Ameer untuk memudahkan pengguna memahami maklumat dan kandungan yang terdapat dari getah arab akasia senegal atau hashab. Gam arab yang diimport dari Sudan akan dipakej dengan packaging dari syarikat Ameer Al Manna. Kandungannya yang semula jadi masih kekal 100 peratus asli dan halal untuk digunakan dalam hidangan.

Penggunaan bahasa melayu pada bungkusan semula gum arabic atau packaging Al-Manna Ameer memudahkan pengguna terutamanya warga emas yang membaca dengan penuh teliti setiap butir perkataan berkaitan maklumat al-manna. Terdapat warga emas yang merasai perubahan lebih baik setelah mengamalkan serbuk gum arabic Al-Manna Ameer, lalu berkongsi dengan saudara yang lain tentang manfaat yang diperolehi dengan izin Allah telah membantu memudahkan pergerakan dalam ibadah solat.

Semoga ikhtiar warga emas ini mendapat ganjaran sebaiknya di sisi Allah dan keampunan bagi dirinya dan saudaranya yang lain dalam meneruskan amalan ibadah. Terdapat sebuah doa dari surah al-A’raf ayat 151 berkaitan keampunan diri dan saudara yang lain. Ayat tersebut bermaksud:

“Ya Tuhanku, ampunilah aku dan saudaraku, dan masukkanlah kami ke dalam rahmat Engkau, dan Engkau adalah Maha Penyayang dari semua penyayang”.

gum arabic, gam arab, getah arab, getah arab sudan, akasia, acacia, almanna, gam akasia, acacia senegal, akasia senegal, gum arabic food, stokis, kota bharu, prebiotik semula jadi, gula mentah, kalsium, fiber, mineral, garam galian, almanna ameer, serbuk, doa, keampunan diri, keampunan saudara,
Doa Keampunan Diri dan Saudara

Serbuk getah arab Al-Manna Ameer adalah gum arabic yang didatangkan dari negara Sudan. Gula mentah yang dihasilkan dari pokok akasia senegal ini 100 peratus asli dan halal untuk digunakan dalam hidangan makanan dan minuman. Bentuk asal getah pokok akasia senegal ini dalam bentuk ketulan. Ia diproses menjadi serbuk untuk memudahkan penggunaan dengan kepantasan larut fiber selama tujuh saat. Al-Manna Ameer bukan ubat rawat penyakit, ia mengandungi sumber prebiotik yang paling tinggi sehingga 85 peratus menjadikan gam arab akasia senegal pilihan terbaik untuk manfaat kesihatan.

Kongsi Artikel Ini Di Media Sosial Anda:

13 Comments

    1. Tentang ‘rasa’ yang tuan mrhanafi nyatakan di sini saya kira merujuk kepada ‘rasa’ bertambah sihat. Kalau dari segi rasa fizikal gum arabic ni, hampir-hampir tiada rasa, tiada bau dan tiada warna sebab yang asli (bukan campuran).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge