gum arabic, gam arab, getah arab, getah arab sudan, akasia, acacia, almanna, gam akasia, acacia senegal, akasia senegal, gum arabic food, stokis, kota bharu, prebiotik semula jadi, gula mentah, kalsium, fiber, mineral, garam galian, almanna ameer, akasia senegal dan akasia seyal diterima sebagai gum arabic, diterima,
Kongsi Artikel Ini Di Media Sosial Anda:

Senegal Dan Seyal Adalah Dua Jenis Pokok Akasia Yang Diterima Sebagai Gum Arabic

Di awal kemunculan gum arabic ke negara Malaysia yang turut dikenali sebagai getah arab telah menimbulkan beberapa polemik ilmiah yang menjurus kepada persoalan akedemik. Adakah gum arabic atau al-manna ini melibatkan semua jenis getah pokok yang mempunyai kemiripan bersama? Adakah semua jenis getah pokok akasia selain senegal – hashab dan seyal – talha adalah gum arabic? Adakah getah pokok selain akasia juga dikenali sebagai gum arabic seperti getah pokok boswellia atau frankincense atau al-luban atau kemenyan?

Secara umumnya getah akasia senegal boleh dimanfaatkan semua peringkat usia, begitu juga getah pokok akasia seyal yang turut sama berada dalam keluarga akasia tidak kurang mempunyai khasiat yang tinggi untuk dimanfaatkan dalam industri makanan dan minuman sebagaimana akasia senegal. Walau bagaimanapun, terdapat kajian yang memberi pengenalan kepada gum arabic (al-manna) menurut kefahaman asal iaitu gum arabic hanya melibatkan pokok akasia senegal atau hashab sahaja.

gum arabic, gam arab, getah arab, getah arab sudan, akasia, acacia, almanna, gam akasia, acacia senegal, akasia senegal, gum arabic food, stokis, kota bharu, prebiotik semula jadi, gula mentah, kalsium, fiber, mineral, garam galian, almanna ameer, getah akasia dikumpul, akasia senegal dan akasia seyal diterima sebagai gum arabic,
Gum Arabic Dikumpul Selepas Dipetik Dari Pokok Akasia

Pengenalan istilah gum arabic menerusi jurnal Penerbit Universiti Sains Malaysia, 2012 yang dimuatkan naik di portal web USM dan portal Research Gate menjelaskan gum arabic yang sebenar hanya dihasilkan dari pokok akasia senegal sahaja. Getah akasia senegal adalah yang paling banyak digunakan dan paling mendapat permintaan tertinggi dalam perdagangan. Penggunaan nama gum arabic telah disalah gunakan pemakaiannya terhadap getah pokok akasia yang lain. Kesalahan penggunaan nama gum arabic ini juga telah berleluasa kepada getah pokok selain akasia. Hasilnya khasiat dan kesan penggunaannya tidak setanding dengan gum arabic sebenar iaitu akasia senegal.

Pemakaian istilah gum arabic telah digunakan dengan pelbagai ketepatan yang berbeza mengikut kumpulan manusia yang berlainan. Namun dalam konteks penggunaannya sebagai bahan tambahan ke dalam makanan, rumusan spesifikasi antarabangsa melalui Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu  atau Food and Agriculture Organization of the United Nation (FAO) menyatakan, gum arabic ialah lelehan getah kering yang diperolehi dari dahan dan batang pokok akasia senegal atau spesis yang berkait rapat dengannya (akasia seyal).

Spesifikasi ini ditetapkan oleh FAO untuk memberi jaminan dan keperluan undang-undang kepada orang ramai tentang keselamatan penggunaan gum arabic (akasia senegal dan akasia seyal) yang telah melalui ujian penyelidikan. Hasil penyelidikan ini memberi kesimpulan kepada FAO untuk menetapkan alasan tiada kesan bahaya dari penggunaan gum arabic yang telah mematuhi definisi dan spesifikasi keselamatan.

gum arabic, gam arab, getah arab, getah arab sudan, akasia, acacia, almanna, gam akasia, acacia senegal, akasia senegal, gum arabic food, stokis, kota bharu, prebiotik semula jadi, gula mentah, kalsium, fiber, mineral, garam galian, almanna ameer, pekerja di ladang tanaman akasia, ladang akasia,
Pekerja Di Ladang Tanaman Akasia

Di Sudan, istilah pamakaian gum arabic telah diluaskan penggunaannya dengan dimasukkan dua jenis getah pokok akasia yang mempunyai potensi tinggi dan mendapat pengiktirafan keselamatan badan penyelidikan dunia iaitu akasia senegal dan akasia seyal. Pada sudut lain ia turut dikenali sebagai gum arabic – akasia senegal dan gum talha – akasia seyal. Kedua-dua getah yang dihasilkan dari pokok akasia ini telah menjana ekonomi negara Sudan dan muncul sebagai pengeluar utama dunia dalam pasaran perdagangan hasil pertanian.

Pengeluaran getah akasia selain senegal dan seyal dari pelbagai negara Afrika Sub-Sahara kadangkala menggunakan istilah gum arabic dalam konteks ‘getah akasia’ yang lebih luas lagi. Sebagai contoh, gum arabic dari Zimbabwe berasal dari akasia karroo – acacia karroo bukan dari spesis yang berkait rapat dengan akasia senegal. Secara praktikal, walau pun kebanyakan getah arab yang memasuki pasaran perdagangan antarabangsa datangnya dari gum arabic akasia senegal.

Namun, istilah ‘gum arabic’ kini tidak lagi boleh dianggap sebagai mewakili sumber botani tertentu iaitu akasia senegal dan spesis berkait rapat dengannya (akasia seyal). Kerana istilah gum arabic kini telah digunakan secara meluas terhadap tanaman selain akasia dan langsung tidak berkait rapat dengan spesis akasia seperti combretum, albizia dan jenis yang lain termasuk boswellia papyrifera atau al-luban (gum olibanum) yang disalah ertikan oleh sesetengah pihak ekoran rupa bentuknya yang hampir sama dengan gum arabic. Walau bagaimanapun, kemenyan masih mudah untuk dikenali kerana ia datang dalam bentuk packaging dengan nama asal iaitu al-luban atau frankincense.

gum arabic, gam arab, getah arab, getah arab sudan, akasia, acacia, almanna, gam akasia, acacia senegal, akasia senegal, gum arabic food, stokis, kota bharu, prebiotik semula jadi, gula mentah, kalsium, fiber, mineral, garam galian, almanna ameer,
Akasia Senegal dan Akasia Senyal Mempunyai Manfaat Untuk Kesihatan

Komoditi global gum arabic akasia senegal dan akasia seyal menyumbang nilai komersial yang besar bagi negara pengeluar seperti Afrika dan Asia Barat. Laman Taylor of Francis Online dalam kategori International Journal of Food Properties menjelaskan status gum arabic yang diiktiraf umumnya sebagai selamat menjadikan gula mentah akasia ini begitu popular dalam industri makanan. Fungsi getah arab al-manna dikaitkan sebagai pengemulsi, penstabil, pengikat dan berupaya meningkatkan ketahanan jangka hayat sesuatu bahan yang diinginkan. Ianya juga ditemui sebagai aplikasi dalam kebanyakan makanan.

“The objective of this review was to highlight the recently-unraveled pharmacological potential of this gum with an aim to provide holistic information on its wide spectrum of utility and prospects”.

Gum arabic gred terbaik yang digunakan dalam industri minuman hari ini kebanyakannya datang dari Sudan dan Chad. Negara lain seperti Uganda dan Eritrea membangunkan tanaman akasia secara berkala. Benua Afrika yang terkenal dengan tanaman pokok akasia antaranya terdiri dari Kenya, Mali, Mauritania, Niger, Nigeria dan Senegal.

Menurut dokumen Produk Hasil Hutan Bukan Kayu atau Non-Wood Forest Products (NWFP) yang disediakan oleh J.J.W. Coppen dari Institut Sumber Asli UK / ODA berkaitan gums, resins and latexes of plant origin menghuraikan kedudukan gum arabic akasia senegal dan akasia seyal sebagai salah satu sumber asas industri yang berpotensi menambah nilai perdagangan dan ekonomi negara. Gum arabic gred terbaik adalah dari jenis akasia senegal yang keseluruhannya mempunyai penampilan berkaca dan permukaan yang licin. Akasia senegal lebih keras berbanding akasia seyal yang lebih rapuh dan mudah dikunyah.

Sebuah tesis bertajuk أثـر نوع و زمن الطق وقطر الشجره علي انتاج صمغ الطلح بغابة الرواشدة بولاية القضارف-السودان atau ‘Kesan Jenis, Masa Penorehan dan Saiz Pokok Akasia Seyal Terhadap Pengeluaran Getah Talha di Hutan Rawashda, Negeri Gedarif, Sudan’ yang ditulis oleh Bakri Mahmoud Hineit bagi memenuhi keperluan Ijazah Sarjana Sains dalam Perhutanan, Jabatan Produk Hutan dan Industri, Fakulti Perhutanan, Universiti Khartoum.

Beliau mengetengahkan kualiti getah akasia yang dipengaruhi oleh kaedah penorehan para petani. Kualiti gum arabic bergantung sepenuhnya kepada pengalaman dan kemahiran pekerja di ladang tanaman akasia seperti cara memetik getah pokok tanpa menjejaskan kualiti. Getah pokok akasia mesti dipilih selepas proses pembentukan berlaku sepenuhnya dan agak kering. Gula mentah akasia ini dikumpul dalam bakul yang terbuka dan bersih. Jika getah akasia yang telah dipetik ini dikumpul dalam beg plastik, ia akan meningkatkan risiko berkulat dan menghalang proses pengeringan yang sepatutnya berlaku.

Risiko ini akan memberi kesan kepada sifat fizikal getah pokok akasia, karekter kimia, kos pembiayaan, ketahanan bekalan yang dikumpul dan keseimbangan bahan. Keadaan ini mungkin akan menyebabkan berlakunya proses penggantian kepada getah akasia yang lain secara terpilih dan apabila perkara ini berterusan, ia akan mempengaruhi nilai getah akasia.

gum arabic, gam arab, getah arab, getah arab sudan, akasia, acacia, almanna, gam akasia, acacia senegal, akasia senegal, gum arabic food, stokis, kota bharu, prebiotik semula jadi, gula mentah, kalsium, fiber, mineral, garam galian, almanna ameer, serbuk,
Peluang Jana Pendapatan Dengan Gum Arabic Al-Manna Ameer

Selain itu, sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pengumpul getah akasia yang membuat campuran antara gred pertama dan gred kedua untuk meningkatkan hasil pendapatan turut menyukarkan proses ujian mengenal pasti antara kedua-duanya kerana tiada perbezaan ketara yang ditemui. Cara terbaik ialah menyediakan saluran yang selamat untuk mendapatkan bahan mentah dan proses pengurusan yang betul sangat penting sebagaimana dinyatakan dalam portal New Hope Network.

Semoga perbuatan melibatkan proses campuran gum arabic antara gred pertama dan gred kedua atau dari pelbagai tanaman lain dapat diinsafi. Peniaga yang jujur pasti akan takut kepada hari pembalasan dan terdapat doa yang dianjurkan untuk memohon kemuliaan di hari kiamat sebagaimana dalam surah al-Maidah ayat 83 yang bermaksud:

“Ya Tuhan, kami telah beriman, maka catalah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi (ke atas kebenaran al-Quran dan kenabian Muhammad)”

Getah pokok akasia senegal dan akasia seyal telah diterima sebagai gum arabic. Getah arab dari kedua-dua sepesis akasia ini telah melalui kajian penyelidikan untuk proses yang lama dan perkembangan maklumat juga turut diperbaharui dengan hasil penemuan baru. Sebenarnya masih banyak ruang penyelidikan yang boleh dilakukan ke atas gula mentah al-manna selain faktor utamanya sebagai sumber prebiotik semula jadi, gum arabic akasia senegal dan akasia seyal terus diitiraf sebagai bahan tambahan ke dalam makanan yang selamat dan tidak berbahaya sebagaimana kajian FDA, EFSA dan FAO.

gum arabic, gam arab, getah arab, getah arab sudan, akasia, acacia, almanna, gam akasia, acacia senegal, akasia senegal, gum arabic food, stokis, kota bharu, prebiotik semula jadi, gula mentah, kalsium, fiber, mineral, garam galian, almanna ameer, serbuk, doa, kemuliaan, kemuliaan di hari kiamat,
Doa Kemuliaan Di Hari Kiamat

Permintaan tinggi terhadap getah arab akasia senegal dan akasia seyal dalam pelbagai industri seperti produk makanan, farmaseutikal dan beberapa aplikasi teknikal lain menunjukkan aras kesedaran masyarakat kepada kepentingan produk semula jadi semakin meningkat ditambah dengan persaingan yang dialami dengan produk sintetik. Produk hasil hutan bukan kayu seperti gum arabic atau al-manna dijangka akan terus meningkat penggunaannya dan menjadi pemangkin pasaran perdagangan negara serta menjana ekonomi penduduk tempatan.

Produk prebiotik semula jadi gum arabic yang didatangkan khas dari Sudan dengan menggunakan packaging Serbuk Al-Manna Ameer adalah serbuk dari getah pokok akasia senegal. Gam arab Akasia senegal diketahui umum sebagai gula mentah terbaik yang dihasilkan. Manfaatnya sebagai makanan serat mineral mudah larut sangat baik digunakan untuk mendapat kesihatan yang lebih baik. Gum arabic Al-Manna Ameer hanya serbuk yang telah diproses dari ketulan getah pokok akasia senegal untuk memudahkan pengguna mendapatkan khasiatnya dan berpotensi menjana pendapatan ekonomi melalui perniagaannya.

Kongsi Artikel Ini Di Media Sosial Anda:

5 Comments

    1. Alhamdulillah. Terima kasih tuan anuar.. Produk masih baru dan maklumat belum banyak. Masa untuk sebarkan sebanyak mungkin maklumat mengenainya.

    1. Saya setuju dengan mrhanafi. Produk Malaysia seperti ginseng, tongkat ali dan kacip fatimah ini adalah dari Hasil Hutan Bukan Kayu (HHBK) yang semakin terkenal di peringkat antarabangsa. Begitu juga kayu gaharu, madu dan sebagainya amat berpotensi untuk terus dibangunkan secara komersial. Gum arabic juga adalah produk hasil hutan bukan kayu (NWFP) yang boleh dimanfaatkan untuk tujuan kesihatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge