gum arabic, gam arab, getah arab, getah arab sudan, akasia, acacia, almanna, gam akasia, acacia senegal, akasia senegal, gum arabic food, stokis, kota bharu, prebiotik semula jadi, gula mentah, kalsium, fiber, mineral, garam galian, almanna ameer, perbezaan akasia senegal dan seyal, khasiat akasia senegal lebih tinggi daripada akasia seyal,
Kongsi Artikel Ini Di Media Sosial Anda:

Perbezaan Akasia Senegal Dan Akasia Seyal Pada Khasiatnya

Pokok akasia senegal dan spesis terdekatnya akasia seyal mempunyai khasiat tersendiri dan kegunaan tertentu dalam pasaran ekonomi dan perdagangan industri dunia. Perbezaan ketara dapat dilihat pada getah yang dihasilkan dari pohon hashab dan talha yang dikenali sebagai al-manna atau gum arabic. Biarpun kedua-dua akasia senegal dan akasia seyal diterima sebagai gum arabic sebagaimana pengiktirafan yang diberi oleh Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu atau Food and Agriculture Organization of the United Nation (FAO) namun kualiti dan sumbangan penggunaannya mempunyai pebezaan selain manfaatnya yang dikenali sebagai makanan sumber prebiotik semula jadi.

Getah arab yang dihasilkan dari pokok akasia senegal telah diketahui umum sebagai gum arabic terbaik dan menjadi pilihan utama untuk keperluan penyediaan bahan tambahan antaranya dalam industri pemakanan. Kualiti gula mentah akasia senegal berada dalam kategori yang disebut sebagai gred pertama. Manakala kualiti bagi getah akasia seyal berada dalam kategori kedua atau disebut gred kedua. Kedua-dua jenis gum arabic ini mendapat permintaan tinggi negara pengguna seluruh dunia dengan mencatat al-manna dari akasia senegal sebagai perdagangan ekonomi paling tinggi bagi negara pengeluar yang terdapat di Afrika Sub-Sahara terutamanya Sudan.

gum arabic, gam arab, getah arab, getah arab sudan, akasia, acacia, almanna, gam akasia, acacia senegal, akasia senegal, gum arabic food, stokis, kota bharu, prebiotik semula jadi, gula mentah, kalsium, fiber, mineral, garam galian, almanna ameer, afrika sub-sahara, separa gurun,
Kawasan Hijau Adalah Afrika Sub-Sahara

Sudan merupakan negara terbaik dalam sektor pertanian akasia. Produk pertanian hasil hutan bukan kayu (NWFP) seperti gum arabic perlu juga dilihat kepada kemahiran petani di ladang al-manna. Petani di Sudan telah mengikuti kursus-kursus tertentu yang disediakan oleh Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dengan kerjasama pihak kementerian untuk melatih dan melengkapkan peserta dengan ilmu dan teknik yang profesional dalam bidang pengendalian ladang tanaman akasia. Pengendalian ladang tanaman akasia senegal dan akasia seyal dilakukan dengan penuh teliti.

Manfaat akasia senegal bermula dari akar hingga ke ranting pokok. Penggunaannya meliputi dari aspek pembinaan, pembuatan, penghasilan, pengukuhan dan pemakanan penting untuk sesuatu tempoh bagi manusia dan haiwan seperti pada bahagian daun dan buah. Fizikal getah yang dihasilkan oleh kedua-dua spesis ini menunjukkan perbezaan antaranya bentuk kristal dengan permukaan lebih keras, kasar dan berkilat secara keseluruhan sebagaimana dimiliki gum arabic akasia senegal. Getah akasia seyal pula lebih rapuh berbanding akasia senegal dan warna yang terdapat pada getah talha lebih gelap berbanding getah hashab yang berwarna putih hingga menjadi merah gelap atau oren coklat.

“Pokok akasia jenis senegal adalah kategori tanaman terbaik dari semua tanaman akasia. Menurut tulisan Dr. Essam Ibrahim Warrag yang disiarkan menerusi portal projek dokumentasi University of Khartoum, menjelaskan mengenai spesis pokok akasia senegal yang mempunyai fungsi pelbagai guna”.

Kajian berkaitan akasia senegal telah banyak dilakukan, bahkan istilah ‘gum arabic’ juga bermula dari penemuan al-manna hashab. Maklumat mengenai akasia seyal atau al-manna talha boleh dirujuk melalui beberapa sumber antaranya pengkalan data dari portal World Agroforestry Centre berkaitan shittimwood atau gum talha. Sebagaimana akasia senegal yang mempunyai manfaat dari keseluruhan pokok bermula dari akar hingga ke ranting, fungsi yang terdapat pada pokok akasia seyal juga tidak kurang manfaatnya dalam pelbagai kegunaan seperti produk, makanan haiwan, pemeliharaan lebah, bahan api, fiber, kayu berkualiti, getah, sumber pewarna (tannin) dan perubatan.

gum arabic, gam arab, getah arab, getah arab sudan, akasia, acacia, almanna, gam akasia, acacia senegal, akasia senegal, gum arabic food, stokis, kota bharu, prebiotik semula jadi, gula mentah, kalsium, fiber, mineral, garam galian, almanna ameer, getah akasia senegal, al-manna hashab,
Getah Akasia Senegal Yang Keluar Berbentuk Mata Air

Getah akasia seyal boleh dimakan ketika ia segar dengan rasa sedikit berasid. Gula mentah al-manna talha juga dicampur dengan jus dari buah balanites aegyptiaca untuk dijadikan sebagai sirap. Musim kering di benua Afrika menjadikan kulit pokok akasia seyal (bahagian ranting termasuk daun dan buah) begitu penting untuk makanan haiwan seperti lembu, kambing dan biri-biri. Ranting pokok akasia seyal yang tebal akan dipotong untuk haiwan meragut dan menjadi makanan ternakan ketika mana kulit, daun dan buah masih segar yang secara relatif hanya sedikit pada waktu tersebut. Buah dan daun akasia seyal sangat berkhasiat dan sesuai untuk haiwan ternakan.

Pengembala lembu di bahagian Sudan Barat akan memanfaatkan musim kering dengan membawa ternakan ke daerah-daerah yang ditumbuhi pokok akasia seyal. Penduduk di kebanyakan kawasan Afrika seperti di Rantau Sahel beranggapan bahawa tanaman akasia seyal merupakan makanan terbaik bagi haiwan. Kulit pada bahagian ranting pokok al-manna talha termasuk daun dan buah mengandungi protein pencernaan yang tinggi selain menjadi sumber makanan awal musim kering untuk ternakan. Kandungan protein pada daun adalah 11 hingga 15 peratus dan buah 15 hingga 24 peratus. Kandungan protein pencernaan dalam daun adalah 8 hingga 12 peratus, manakala dalam buah 13 hingga 15 peratus. Pokok akasia seyal juga mempunyai bunga yang harum dan menjadi aset pemeliharaan lebah – apiculture.

gum arabic, gam arab, getah arab, getah arab sudan, akasia, acacia, almanna, gam akasia, acacia senegal, akasia senegal, gum arabic food, stokis, kota bharu, prebiotik semula jadi, gula mentah, kalsium, fiber, mineral, garam galian, almanna ameer, rantau sahel, garis pemisah afrika sahara dan afrika sub sahara,
Jalur Sahel Garis Pemisah Afrika Sahara dan Afrika Sub-Sahara

Rantau Sahel dan Hutan Savanna merupakan unsur penting bagi geografi benua kedua terbesar selepas Asia iaitu Afrika. Sempadan benua Afrika dari sebelah utara ialah Lautan Mediterranean, dari timur Lautan Hindi dan dari barat Lautan Atlantik. Selain itu terdapat istilah lain yang membezakan bentuk permukaan bumi yang terdiri dari 59 buah negara ini. Istilah yang selalu digunakan seperti gurun gersang dan gurun separa gersang. Gurun gersang atau sahara terdiri dari negara-negara utara Afrika seperti Morocco, Algeria, Libya, Egypt dan sebahagian Mauritania, Mali, Niger, Chad dan Sudan. Sementara gurun separa gersang dan tropika terdiri dari negara Afrika tengah hingga ke selatan. Sebahagian besar dikenali sebagai hutan savanna atau tropika. Garis pemisah atau sempadan antara kawasan Afrika Sahara dan Afrika Sub-Sahara dikenali sebagai Rantau Sahel yang banyak didominasi spesis pokok akasia seperti acacia tortilis, acacia senegal dan acacia laeta.

Jaluran Rantau Sahel dikenali sebagai ecoclimatic, ecozone atau biogeographic yang mempunyai iklim separa gersang bermula dari pantai Laut Atlantik di barat Afrika iaitu di utara negara Senegal merentasi bahagian selatan Mauritania, tengah Mali, utara Burkina Faso, selatan Algeria, Niger, utara Nigeria, tengah Chad, utara Cameroon, tengah dan utara Sudan dan utara Eritrea hingga ke pantai Laut Merah di timur Afrika. Rantau Sahel subur dengan beberapa jenis tumbuhan antaranya spesis akasia senegal, padang rumput dan Hutan Savanna. Rantau Sahel juga merupakan padang ragut paling luas untuk kebanyakan haiwan mendapatkan bekalan makanan. Ketika musim tanah lembap, ia menjadi destinasi penting bagi persinggahan burung hijrah.

gum arabic, gam arab, getah arab, getah arab sudan, akasia, acacia, almanna, gam akasia, acacia senegal, akasia senegal, gum arabic food, stokis, kota bharu, prebiotik semula jadi, gula mentah, kalsium, fiber, mineral, garam galian, almanna ameer, hutan savanna afrika, geografi savanna separa gurun afrika,
Hutan Savanna Afrika Meliputi Kawasan Separa Gurun

Pokok akasia seyal menjadi sumber bahan bakar dengan menghasilkan kayu yang tebal dan padat. Kayu pokok al-manna talha digunakan secara meluas sebagai kayu bakar, kayu api dan kayu arang sebagaimana di negara Chad yang menganggapnya sebagai kayu bakar terbaik. Kayu akasia seyal dapat membakar dengan cepat dan asapnya menghasilkan bau yang wangi seperti yang diamalkan wanita di Sudan sebagai pewangi haruman untuk kegunaan sendiri. Bagi kawasan ladang tanaman akasia di Sudan, para petani mengawalnya dengan ketat agar tidak berlaku pencerobohan dan pencurian kayu pokok akasia yang diketahui umum sangat bernilai dan memberi pulangan yang lumayan.

Bermula dari akar pokok akasia seyal, ia digunakan untuk menghasilkan pembuatan tongkat. Kulit pada bahagian batang utamanya dimanfaatkan untuk penghasilan tali, manakala serat kayu atau fibre digunakan untuk menghasilkan papan yang berkualiti dengan potensi yang memenuhi ciri-ciri teknologi semasa seperti papan partikel – particle board. Penghasilan kayu yang bermutu dan lebih keras juga turut menggunakan pokok akasia seyal dengan melalui proses tertentu seperti semburan racun serangga, pengawetan dan pengeringan. Seterusnya menghasilkan kayu berkualiti yang dikenali sebagai kayu shittim atau shittim wood. Mengikut sejarah Mesir kuno, kayu shittim juga digunakan sebagai keranda firaun.

gum arabic, gam arab, getah arab, getah arab sudan, akasia, acacia, almanna, gam akasia, acacia senegal, akasia senegal, gum arabic food, stokis, kota bharu, prebiotik semula jadi, gula mentah, kalsium, fiber, mineral, garam galian, almanna ameer, untuk semua peringkat usia, semua peringkat umur,
Getah Akasia Senegal Boleh Dimanfaatkan Semua Peringkat Usia

Bahagian yang terdiri dari pokok akasia seyal seperti kulit kayu dan asap yang dihasilkan dari pembakaran kayu pokok al-manna talha dijadikan sebagai racun untuk menghalau dan menghapuskan serangga tertentu. Bahan kimia yang terdapat dalam kulit akasia seyal dapat membunuh siput air tawar yang membawa parasit seperti bilharzia dan rumpai yang tumbuh di kolam. Menurut catatan pengembaraan di Afrika dalam portal Mission 2 Malawi menerusi artikel bertajuk Bilharzia – Snail Fever, ia merupakan penyakit yang disebabkan oleh cacing bilharzia yang masuk ke dalam badan melalui kulit dan berkembang hidup di dalam darah menjadi cacing dewasa. Ia memberi kesan kepada usus, sistem pembuangan dan boleh juga menjejaskan sistem lain. Pada peringkat kronik, ia boleh merosakkan organ-organ dalaman badan manusia.

gum arabic, gam arab, getah arab, getah arab sudan, akasia, acacia, almanna, gam akasia, acacia senegal, akasia senegal, gum arabic food, stokis, kota bharu, prebiotik semula jadi, gula mentah, kalsium, fiber, mineral, garam galian, almanna ameer, siput air tawar, bilharzia, snail fever, protozoa,
Ekstrak Kulit Pokok Akasia Seyal Mampu Menghalang Siput Yang Membawa Bilharzia

Ekstrak methanolic yang dihasilkan dari kulit pokok akasia seyal diaplikasikan ke dalam kolam untuk menghalang pembentukan rumpai dilihat sebagai memenuhi ciri-ciri konsep pertanian yang berkesan. Pokok al-manna talha juga digunakan dalam kaedah perubatan dengan mengambil bahagian tertentu pokok seperti kulit, daun dan getah. Semua bahagian ini digunakan untuk membantu mengurangkan masalah kesihatan seperti selesema, cirit-birit, pendarahan, jaundis, sakit kepala, luka dan kesan terbakar. Kulit akasia seyal direbus untuk pesakit kusta dan disentri (penyakit usus yang disebabkan parasit atau jangkitan bakteria protozoa). Ia juga bertindak sebagai perangsang yang membantu meningkatkan pergerakan usus dalam masalah sembelit bagi manusia dan haiwan.

“A root decoction mixed with leaves of combretum glutinosum and curdled milk causes strong diuresis”.

gum arabic, gam arab, getah arab, getah arab sudan, akasia, acacia, almanna, gam akasia, acacia senegal, akasia senegal, gum arabic food, stokis, kota bharu, prebiotik semula jadi, gula mentah, kalsium, fiber, mineral, garam galian, almanna ameer, cacing, bilharzia, parasit, protozoa,
Kitaran Hidup Cacing Bilharzia Turut Dibawa Siput Air Tawar

Zat pewarna atau tannin juga terdapat dalam bahagian pokok akasia seyal. Kandungan tanin dalam buah dan kulit al-manna talha kira-kira 20 peratus. Penghasilan dakwat hitam dan merah diproses bersama gum arabic dengan serbuk dan bahan batu pasir – nubian sandstone. Getah akasia seyal tidak memenuhi keperluan industri makanan kerana belum dinilai secara toksikologi dan ia mengandungi tanin yang lebih sesuai untuk penggunaan teknologi di luar industri makanan. Kualiti getah arab akasia seyal lebih rendah berbanding akasia senegal. Al-manna hashab lebih banyak digunakan dalam industri makanan terutamanya.

Perbezaan antara tiga getah arab Sudan dibincangkan dalam sebuah laman forum di شبكة فلسطين للحوار yang memaparkan pembahagian gam arab kepada akasia senegal – الهشاب , aksia seyal – الطلحة dan boswellia papyrifera (luban) – اللبان atau frankincense dalam masa sama dikenali juga sebagai kemenyan. Penggunaan istilah gum arabic di sebahagian negara arab dan Afrika telah meliputi ketiga-tiga jenis tanaman getah arab yang berbeza ini. Hakikatnya, asal penggunaan istilah gum arabic hanya untuk getah akasia senegal dan setelah itu terdapat spesis paling dekat dengan akasia senegal iaitu akasia seyal.

Setiap jenis getah arab berbeza penggunaannya walaupun manfaatnya sedikit sebanyak hampir menyamai antara satu sama lain, namun pengkhususan penggunannya meletakkan nilai di pasaran ekonomi perdagangan antarabangsa. Kebiasannya penghasilan getah arab dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu getah arab dalam bentuk menyerap air (ketulan) dan jenis larut dalam air (serbuk). Gum arabic jenis akasia senegal selalunya digunakan dalam masalah berkaitan buah pinggang dan mengurangkan urea dalam darah dengan pembuangan melalui najis. Akasia seyal pula selalu digunakan untuk industri seperti pewarna dan kosmetik. Manakala getah kemenyan yang dikenali sebagai luban (frankincense) digunakan untuk membantu masalah berkaitan dada dan pernafasan.

gum arabic, gam arab, getah arab, getah arab sudan, akasia, acacia, almanna, gam akasia, acacia senegal, akasia senegal, gum arabic food, stokis, kota bharu, prebiotik semula jadi, gula mentah, kalsium, fiber, mineral, garam galian, almanna ameer, akasia seyal untuk industri pewarna, akasia seyal untuk industri kosmetik,
Akasia Seyal Memenuhi Keperluan Industri Pewarna dan Kosmetik

هنالك ثلاثة انواع من الصمغ هى الصمغ العربى (هشاب) وصمغ (الطلحة) وصمغ اللبان، ويختلف كل نوع عن الآخر فى استخداماته، فمثلا : صمغ الهشاب يستخدم فى تخفيض نسبة البولينا فى الدم – البولينا هى من المخلفات النيتروجينية التى تؤدى إلى تفاقم وتدهور حالة الكلى عند المرضى بالفشل الكلوى – ويستخدم الصمغ العربى دون غيره فى تقليل درجة الإصابة بالفشل الكلوى. ولا يستخدم صمغ اللبان ( اللبان الذكر) فى هذا الغرض، إذ أن له استخدامات طبية أخرى مثل العقاقير الخاصة بأمراض الصدر.
أما صمغ الطلحة فيستخدم فى الصناعات المختلفة كصناعة الألوان، ومواد التجميل وخلافها
.

Penggunaan istilah gum arabic secara sewenang-wenangnya terhadap produk yang bukan sahaja selain akasia senegal dan akasia seyal, bahkan kepada spesis selain akasia juga telah dilakukan secara berleluasa telah menimbulkan kekeliruan pengguna di Asia Pasifik terutamanya Malaysia. Terdapat produk yang tidak berkait dengan tanaman al-manna hashab dan talha turut menggunakan istilah gum arabic pada bungkusan produk. Sesetengah kes melibatkan campuran ‘gum arabic’ dengan gandum yang sudah tentu tidak akan memberi kesan yang diharapkan pengguna yang meyakini manfaat dan khasiat gum arabic.

Walau bagaimanapun, di negara arab dan Afrika dapat ditentukan perbezaan gum arabic dengan istilah yang digunakan dalam bahasa arab. Istilah yang digunakan untuk serbuk getah akasia senegal ialah صمغ الهشاب, serbuk getah akasia seyal صمغ الطلحة dan serbuk getah luban (kemenyan) dipanggil sebagai صمغ اللبان. Namun, di Malaysia secara umumnya masih ramai yang tidak mengetahui ketiga-tiga istilah ini dan hanya mengenali istilah gum arabic walaupun istilah gum arabic langsung tidak dihiraukan perbezaannya di sebahagian negara arab dan Afrika. Penggunaan gum arabic di Amerika dan Eropah lebih teliti kerana negara-negara tersebut sangat memerlukannya untuk kelangsungan industri makanan, kosmetik dan sebagainya.

gum arabic, gam arab, getah arab, getah arab sudan, akasia, acacia, almanna, gam akasia, acacia senegal, akasia senegal, gum arabic food, stokis, kota bharu, prebiotik semula jadi, gula mentah, kalsium, fiber, mineral, garam galian, almanna ameer,
Akasia Senegal Adalah Yang Terbaik Berbanding Akasia Senyal

Khasiat dan manfaat gula mentah akasia senegal lebih tinggi daripada getah akasia seyal. Perbezaan di antara keduanya dapat dilihat pada industri yang semakin meningkat dan permintaan negara pengguna menunjukkan jumlah perbezaan yang ketara. Al-manna hashab sesuai dengan pengiktirafan awalnya sebagai sumber prebiotik semula jadi paling tinggi berbanding al-manna talha. Percampuran antara getah arab akasia senegal dan akasia seyal akan mengurangkan lagi kualiti gum arabic.

Suatu masa dahulu Afrika terkenal sebagai negara perdagangan hamba abdi di bawah penjajahan British. Walau bagaimanapun Afrika yang dulunya terkenal sebagai negara penduduk kulit hitam, kini turut didiami oleh warga kulit putih yang datang dari negara barat antaranya penduduk Amerika Latin. Kemiskinan yang melanda negara-negara di benua Afrika seperti Sudan memaksa penduduk khususnya di pedalaman untuk bekerja sebagai petani di ladang savanna al-manna. Semoga petani gum arabic akasia senegal dan akasia seyal diberi kekuatan dan kesabaran untuk terus berjuang mendapatkan hak manusiawi. Al-Quran merakamkan sepotong doa dari surah al-Baqarah ayat 250 sebagai permohonan kesabaran dan pertolongan yang bermaksud:

“Ya Tuhan, limpahkanlah kesabaran ke atas diri kami, kukuhkanlah pendirian kami serta tolonglah kami dalam mengalahkan orang-orang kafir”

gum arabic, gam arab, getah arab, getah arab sudan, akasia, acacia, almanna, gam akasia, acacia senegal, akasia senegal, gum arabic food, stokis, kota bharu, prebiotik semula jadi, gula mentah, kalsium, fiber, mineral, garam galian, almanna ameer, serbuk, doa, kesabaran dan pertolongan,
Doa Mohon Kesabaran dan Pertolongan

Khasiat gum arabic telah melalui sejarah penggunannya sejak zaman dahulu melalui cara amalan untuk masalah kesihatan tertentu dan sebagainya. Manfaat al-manna hashab juga telah melalui kajian penyelidikan di makmal badan pertubuhan di peringkat antarabangsa seperti di Eropah dan Amerika Syarikat sehingga mendapat pengiktirafan keselamatan dan kebaikan penggunaannya seperti laporan kajian dari European Food Safety Authority (EFSA). Spesis terdekatnya pula iaitu akasia seyal atau al-manna talha mendapat ‘tempias’ daripada manfaat getah arab akasia senegal. Akasia seyal juga mempunyai manfaat tersendiri terhadap industri negara pengguna.

Kesimpulannya, perbezaan antara gula mentah akasia senegal dan akasia seyal perlu dilihat kepada keperluan penggunaannya terhadap industri. Getah akasia senegal lebih berkhasiat dan mendapat permintaan paling tinggi di dunia terutamanya dalam industri makanan berbanding akasia seyal. Penggunaan gum arabic akasia senegal lebih khusus terhadap penjagaan kesihatan tertentu selain permintaan tertinggi dalam sektor makanan. Manfaatnya sebagai sumber prebiotik semula jadi terbaik terus mendapat perhatian dunia. Rakyat di Malaysia berpeluang untuk memanfaatkan kebaikan getah arab akasia senegal yang asli dari Sudan melalui serbuk gum arabic Al-Manna Ameer.

gum arabic, gam arab, getah arab, getah arab sudan, akasia, acacia, almanna, gam akasia, acacia senegal, akasia senegal, gum arabic food, stokis, kota bharu, prebiotik semula jadi, gula mentah, kalsium, fiber, mineral, garam galian, almanna ameer, serbuk,
Peluang Jana Pendapatan Dengan Gum Arabic Al-Manna Ameer
Kongsi Artikel Ini Di Media Sosial Anda:

20 Comments

    1. Sama-sama tuan anuar.. Setiap pokok akasia terutama senegal dan seyal punya fungsi dan keutamaan tersendiri. Selalunya maklumat banyak berkaitan akasia senegal memandangkan pokok ini menghasilkan gum arabic terbaik. Namun, akasia seyal juga punya kegunaan tertentu walaupun dalam kategori gred yang lebih rendah.

    1. Setuju dengan mrhanafi. Populariti gum arabic di Malaysia masih di tahap rendah dengan melihat kepada beberapa faktor antaranya tumpuan pengeluar al-manna ke pasaran Asia Pasifik masih baru berbanding Eropah dan Amerika berikutan penggunaan getah akasia senegal dan seyal dalam negara besar tersebut sangat penting dan jauh ke depan untuk keperluan industri masing-masing. Berbanding di Malaysia baru nak buat kajian.

    1. Sama-sama puan Zaleha Awaluddin. Khasiat akasia bermula dari akar pokok hingga ke daun dan buah. Getah akasia terbaik ialah gum arabic akasia senegal (gred pertama). Gum arabic akasia seyal lebih rendah kualitinya (gred kedua).

    1. Negara Senegal ni berada di barat benua Afrika kak raihanah, bermula dari pantai lautan Atlantik. Namun gum arabic terbaik yang mendapat permintaan tertinggi dunia adalah dari negara Sudan terutamanya getah arab dari pokok jenis akasia senegal.

    1. Untuk basic info MamaEma.. Senegal dan Seyal adalah nama bagi spesis pokok akasia yang menghasilkan getah dari batang dan dahan pokok. Getah ini dipanggil sebagai getah arab atau gam arab. Selalunya orang panggil gum arabic atau al-manna. Setakat ini kandungan prebiotik semula jadi gum arabic (akasia senegal) paling tinggi berbanding buah dan sayuran lain. Sangat digalakkan terutamanya untuk kesihatan buah pinggang, usus dan penghadaman.

    1. Betul tuan amirulfaiz. Istilah gum arabic ni dah banyak ditemui dalam media sosial. Namun penerangannya masih kurang dan hebahan mengenainya agak statik membuatkan ramai tertanya-tanya benda apakah gum arabic ni. Ringkasnya gum arabic atau al-manna ini dipasarkan dalam dua bentuk samada bentuk ketulan (serap air) atau bentuk serbuk (asal ketulan dikisar jadi serbuk halus) yang larut dalam air. Tag line utamanya adalah prebiotik semula jadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge